Waduh! Ngantuk sungguh mata ku ini, bagaikan di gam dengan gam gajah. Entri Blogger Yang Terdesak tak taip lagi ni. Draft dah aku sediakan dalam buku sejak Sabtu lalu, tapi nak taip ni, arghh..ngantuuk sangaat. Huhu..tapi kena taip juga, sebab dah janji dengan Ijad. Janji kena tunaikan,kan. Mungkir janji salah satu ciri orang munafik.

 

Jika sebelum ini aku join projek Kisah Blogger Tersepit di blog rohaizad.com, kini aku join projek ke-2 nya pula. Blogger Yang Terdesak. Itulah tajuk yang diberi. OK, kisah aku terdesak ni berlatar belakangkan Beijing. Awal April lalu, aku telah pun melancong ke Beijing. Ketika itu, musim bunga, siangnya panjang dan malamnya pendek. Malam tak de aktiviti kecuali melengkor (tidur ler, apa lagi). Jadi, sekali setiap hari, kami perlu menunaikan  kewajipan terhadap Ilahi di masjid atau pun di restoran yang ada menyediakan tempat untuk bersolat.

 

Pada hari ke-4 (kalau aku tak silap), kami di bawa ke sebuah masjid. Tempat berwudhuk dan tempat sembahyang letaknya agak berjauhan antara satu sama lain. Macam biasa, secara normalnya, sebelum bersolat, ramailah yang nak melepaskan hajat yang dah lama dipendamkan. Maka, memang panjang lah barisan menunggu giliran masuk ke tandas. Biasalahkan, masing-masing dah tak tahan.

 

Huish!. Lama pula tu mereka termenung dalam tandas. Orang yang menunggu ni lagi banyak dari tandas yang ada. Tandas lelaki dan perempuan terletak bersebelahan. Orang lelaki kat tandas riuh betul suara mereka. Jadi, apabila tiada suara garau lagi kedengaran dari tandas sebelah, salah seorang dari kami mencadangkan agar kami gunakan je tandas lelaki. Aku agak terkejut dengan cadangan tu. Tak nak join pun iya juga. Tapi memandangkan perempuan-perempuan yang berada di dalam tandas tu masih tak keluar-keluar, maka aku dan beberapa orang lagi bersetuju.

 

Operasi mengendap tandas lelaki dimulakan. Apabila sudah yakin line clear, mereka cepat-cepat masuk ke tandas lelaki. Tapi aku tak join mereka. Kalau semua masuk serentak, siapa pula nak jaga line?. Jadi, dengan baik hatinya aku tolong cover line. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tempatan, dah berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk tandas. Aku sepantas kilat memanggil lelaki tu dan dia menoleh ke arahku. Aku nak je cakap dalam Bahasa Malaysia, tapi bila teringat aku bukan berada di Malaysia, niatku terus terbantut. Nak guna English, takut dia tak faham pula, sebab bukan semua warga tempatan di sana faham English.

 

Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa isyarat je. Aku angkat ke dua-dua tangan sebagai isyarat ‘STOP’.

 

 

Lelaki tu pelik, kemudian kedengaran suara perempuan dari tandas lelaki. Lagilah dia bertambah pelik. Siap dia dongak ke arah atas pintu yang jelas terpampang lambang lelaki.
Aku angguk-angguk kan kepala sambil tangan masih lagi memberi isyarat ‘STOP’, maksudnya “Iya,betul, tandas lelaki, tapi tunggu sekejap. Jangan masuk sekarang’. Dia anggukkan kepala dia dan kemudian berlalu pergi. Huhu..berakhirlah tugas aku sebagai part time polis trafik di
Beijing ni setelah rakan-rakan keluar dari tandas lelaki tu.

 

Tiba giliran aku pula untuk masuk tandas, semua mereka nak tinggalkan aku. Apa lagi, menjeritlah aku dari dalam tandas. “Oi, tunggu oi! Jaga line, tadi pun ada orang lelaki nak masuk!. Tadi saya dah tolong jaga kan, tau!”. Seorang rakan tu, tolonglah juga cover line untuk aku. Tapi tak henti-henti dia suruh aku cepat. Nanti lambat. Ceh!, nak melepaskan hajat pun tak senang.

 

Selesai tu, aku nak beristinjak lah. Sekali aku pusing je kepala paip dan air mencecah kulit ku, “Mak aih! Sejuk giler. Air batu ke apa ni?. Huhu..rasa macam taknak je beristinjak dengan air tu. Tapi, aku tiada pilihan lain. Terpaksa jugalah. Sejuk pun sejuk lah. Tahan je lah. Dalam hati aku “Pergh! Ini kalau perempuan baru lepas bersalin, doktor nak jahit, sebelum jahit tu, simbah dengan air ni, confirm tak rasa diri sedang dijahit!”. Adoilah! Sampai ke situ aku fikir. Spontan je idea tu datang.

 

Lepas tu, ke bilik wudhuk pula. Agaga..macam ambil wudhuk dengan air batu. Kebas semua tangan, kaki, muka ni. Fuyoo..time nilah aku teringat Malaysia..Nak balik Malaysia cepat. Huhu…Sehari sebelumya pula, aku ambil wudhuk dan beristinjak dengan air panas. Ada pilihan ke? Haha..mana ada, guna jelah apa yang ada. Satu-satunya pilihan yang ada ialah

 

 HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG,
HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI,
MALAYSIA JUGA TETAP DI HATI.

 

p/s: Kat Beijing memang best, tapi kalau setakat nak jalan-jalan boleh lah, kalau nak suruh tinggal kat sana, aku tak mahu. Nak buang air pun susah, penat nak kena tadah air dalam botol sebelum buang apa yang nak dibuang.

BACA JUGA :  TIPS BERCUTI KE BEIJING

 

Siri pengalamanku bercuti di Beijing:

Bercuti di Beijing Episod 1

Bercuti di Beijing Episod 2

Bercuti di Beijing Episod 3

Bercuti di Beijing Episod 4

Bercuti di Beijing Episod 5 

Tips bercuti di Beijing 

error: Content is protected !!