Malam tadi, aku cuba untuk tukar template. Hehe..tahla, sebab aku ni mudah bosan kot. Jadi, cepat je rasa nak tukar cat baru. Tapi nampak-nampaknya, percubaan aku kali ni tak membuahkan hasil. Setelah beberapa template aku tukar, masih tidak menepati citarasa aku. Sudahnya, aku upload semula template yang asal. 
Sepanjang aku berekspeimentasi dengan calon-calon template, apabila aku view blog, aku dapati iklan di header bertukar-tukar. Alhamdulillah, buffered yang ada menari bersilih-ganti. Tapi kan, ada 1 buffered yang tak keluar iklannya. Halamak! Mana Digi pergi?. Semalam aku tengok dia masih lagi menari. 
Sejak beberapa hari ni, hati aku dah mula berkata, yang Digi akan gugur jadi metered. Akhirnya, baru je tadi, tergerak pula jari ni nak melawat web Nuffnang. Dan aku sedih serta-merta. Huhu..buffered kesayangan aku sudah gugur menjadi metered. Tak sempat aku nak capai target RMXX untuk dia, dia dah gugur pula. Tapi kejadian ini memang aku dah jangkakan akan berlaku dalam masa yang terdekat ni, setelah earningnya tiada peningkatan selama 2 hari.  
Dengan ini, hanya 3 sahaja buffered di bawah header blog ini iaitu Nokia, Mufors dan Garuda. Apapun, kenangan buffered bersama Digi memberikan keceriaan kepada aku. Suka tengok setiap hari earningnya bertambah. Selama sebulan Digi setia menari di blog ini dan memberikan earning 7 kali ganda dari buffered earning yang pertama. Satu kenangan yang indah untuk ku. Thanks Digi. Muah! Walaupun kau bukan buffered ku yang pertama, tapi kau berjaya mencuri hatiku. 
Anyway, tak mahu sedih lama-lama, kerana ini adalah 1 kitaran normal apabila dapat buffered. So, aku sekarang memang sangat tergoda dan geram dengan buffered ku yang terkini, iaitu Garuda Indonesia. Hadoi!. Memang sejak pulang dari bercuti ke Beijing, aku memang target nak melancong ke Indonesia pula tahun depan. Terbang ke Jakarta dari Kuala Lumpur RM206 jer!.
Memandangkan tak de budget untuk bercuti sekarang ni, tambahan pula dah nak raya, so tengok je lah iklan ni. Harap tahun depan Garuda bagi offer yang lebih murah!.
Mana lagi best ek, Jakarta ke Bali? Ke Bandung?. Huhu..nak jalan-jalan lagi..best melancong!

p/s: Terima kasih kepada yang sudi mengklik iklan di blog ini. =)

BACA JUGA :  KALAU OFFICE AKU MACAM NI, AKU TAK BERHENTI KERJA KOT
error: Content is protected !!