Hah! Hari ni aku sangat terperanjat. Rupanya sangkaan aku malam tadi adalah benar. Malam tadi, ketika sibuk menyiapkan entri tersepit, aku lihat di bawah header aku, asyik-asyik ada burung terbang keluar dari sangkarnya. Dalam hati aku, “Eh! Iklan baru ni”. Sebelum ni, aku tengok dia tak pernah lagi muncul kat blog aku ni.   

Lepas habis publish entri, ada komen aku approve, dan aku view blog aku, “eh eh..burung ni terbang lagi”. Aku refresh lagi blog, dia ada lagi. Eh! Dia ni buffered ke? Aku close blog, buka balik, ada lagi burung ni. Kalau dia buffered, mana Digi pergi. Uwa..aku sayang juga Digi, aku suka tengok tiap hari, Digi bagi aku sen. Tak pernah nilai tu tak berganjak. Setiap hari, mesti dia up, di kedua-dua column current earning dan CTR bonus.

Dah pukul 10 lebih malam tadi, aku nak off lappy, aku tengok lagi blog aku, baru nampak Digi. Alhamdulillah, Digi sedang menari. Dalam hati aku “Mungkin dia kempen je kot”. Untuk kepastian, aku buka sekali lagi web Nuffnang. Cek bahagian buffered. Ada Digi je. Ya lah tu kot, dia kempen. Tapi kenapa burung tu asyik ada je? Tengok gaya dah macam buffered.

Hari ini, baru tadi aku cek Nuffnang, aku terkejut juga sebab dah bertambah lagi 1 column di buffered. Jika dulu hanya ada Digi, kini sudah ada Nokia, berserta dengan earningnya.

Aku bersyukur sebab dapat Buffered lagi. Harap kali ni, kedua-duanya bersaing secara sihat dan kedua-duanya menyumbang earning pada aku setiap hari. Tak mahulah 1 tu mendominasi yang lagi 1, lalu menolaknya ke column metered. Biarlah dua-dua menari-nari dengan senang lenangnya lama-lama. Selama mana mereka mahu. Jangan berebut ya. Sidebar dan LR masih lagi kosong, tak de yang cop. Dah 3 buffered lekat kat LB. Agaga..Sian SS dan LR. Mesti mereka cemburu dengan LB kan!
Aku tak mahu sejarah berulang lagi. Sebelum ni pun, buffered pertama aku, di leaderboard juga. Baru seminggu menari, Digi tumpaskan 8tv. Terus jadi Metered. Sekarang ni, Nokia pula jadi Buffered ke-3. Kat leaderboard juga. Agaga..kenapa lah semua berebut nak duduk kat bawah header tu. Huhu..tapi nak buat macam mana kan, dah tu pilihan advertiser, aku tak boleh buat apa-apa. Bukan boleh nak mengada-ngada nak request-request pula kan. Dah dia bagi, aku terima je. Syukurlah, dapat juga buffered.

BACA JUGA :  1 LAGI GUGUR JADI METERED & BINTANG PENUH
error: Content is protected !!