Alhamdulillah, rasa syukur sangat. Dalam hal aku perlu berblog dalam keadaan yang serba kekurangan, di mana aku perlu mengurangkan masa untuk aku mengadap blog dek kerana mata kini sudah bermasalah. Ni pun housemate dah sound-sound dah ni. “Hah! 30 minit je eh!:. Lagi sorang sound “Ha! tengok lagi laptop, karang MC lagi, sakit mata, pening-pening”. Huhu..Takpa, aku anggap depa concern kat aku, sebab tu depa sound aku. Hehe…

Tadi cek akaun Nuffnang, terkejut sungguh aku tatkala melihat Buffered aku telah beranak. Tak ku sangka yang aku akan dapat buffered lagi pada minggu ini. Sebab kelmarin baru je dapat buffered Nokia. Mungkin memang macam tu kot, cara Nuffnang ni. Dia akan bagi buffered pada waktu-waktu yang dekat, pada minggu yang sama. Buffered pertama dan ke-2, selang sehari je aku dapat. Yang ni pula, selang 2 hari. Buat masa ni, sebulan 2 kali aku dapat buffered.

Alhamdulillah, dua bulan aku bersama Nuffnang, aku rasa happy juga. Dapat duit, mestilah happy kan? Kali ni aku dapat buffered MUFORS Road Reels. Kalau tak silap aku, ni iklan mengenai keselamatan jalan raya. Huhu..aku pun pernah tengok sekali je iklan ni semalam, kat bawah header tu. Tapi, tak sangka pula dia buffered. Lagipun, aku memang tak boleh menatap blog ni lama-lama sekarang ni. Kena jaga mata, beb.

Sekali lagi, advertiser memilih untuk meletakkan iklan di bawah header blog ini. Jadi, sekarang ini ada 3 buffered sedang bermadu kasih di situ. Harap buffered yang ke-4 ni juga dapat menari-nari dengan lamanya di blog aku ni sepertimana Digi menari-nari dengan riangnya di bawah header tu, dan juga burung yang beterbangan girang keluar dari sarang, milik Nokia.

BACA JUGA :  KENAPA TAK DAPAT APA-APA PUN DARI NUFFNANG?
error: Content is protected !!