Sejak kebelakangan ini, perasaan aku semakin hambar terhadap blog. Oh, tidak! Ini bukan kali pertama aku rasa seperti ini. Sebelum ini, aku pernah, malah selalu rasa bosan dengan blog sendiri. Tapi perasaan tu tak kekal lama. Hanya untuk beberapa hari sahaja. Selepas aku tidak berblog untuk beberapa hari, perasaan bosan tu akan hilang, dan rindu pula bertandang.
Tapi kali ni, dah seminggu, aku rasa hambar sahaja dengan blog ni. Mungkinkah kerana ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku tatkala ini? Atau mungkinkah kerana niat ku untuk berblog sudah tersasar dari niat asal?. Arghhh…Fikiran ku sudah mula bercabang-cabang.
Jika sebelum ini, banyak kisah yang aku nak coretkan dalam blog ni, idea tak putus-putus kunjung tiba, tapi sekarang ini, seperti tiada apa difikiran. Mungkinkah aku sudah tidak punya hati terhadap blog ini? Atau kerana aku mahu fokus pada yang lain?.
Kebelakangan ini, hati aku bagaikan disiat pilu. Di tempat kerja pun, aku dah tak mampu mengukirkan walau secebis senyuman. Muka masam sepanjang hari yang aku pamerkan. Mampukah aku tersenyum sedang hati sayu pilu?. Setiap kali aku membaca email berbunyi “today is my last day here..bla..bla..bla..”, betapa meluap-luapnya api cemburu di hati ku ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Lepas sorang-sorang, tinggalkan company ni. Aku pun nak juga. Aku nak juga ikut jejak langkah mereka. Argghhh..aku mahu berlari, tapi ke mana?.
Aku tak sabar menunggu kedatangan Maghrib esok.
Esok..
Ramadhan yang ku nanti,
Telah lama ku nantikan ketibaanmu,
Sejak 2 bulan yang lalu.
Ramadhan,
Ku mengharapkan kehadiranmu kali ini,
Penuh makna,
Agar dapat ku lalui,
Hidup yang sempurna.
Ramadhan,
Sekali lagi,
Aku diberi peluang bertemu denganmu,
Tak ku tahu,
Ini yang terakhir,
Atau…
Kita akan bertemu lagi,
Yang pasti,
Kehadiranmu sering ku nanti,
Pemergianmu sering ku tangisi.
Ramadhan,
Bulan penuh keberkatan,
Ku harapkan,
Aku mampu menemui diriku,
Diriku yang sebenar,
Dalam dirimu.
–
–
–
–
Goodbye blog!
buat sementara waktu. InsyaAllah, akan ku buat schedule post pada setiap hujung minggu.
–
–
Kepada semua Muslimin dan Muslimat,
Selamat Berpuasa dan Beramal di Bulan Penuh Barakah ini.
10 jari Sya susun, maaf dipinta, andai ada terkasar bahasa dalam berblog.
saya pun nak ucap selamat juga; selamat menyambut bulan ramadhan cik sya 😀
Dear, kenapa begitu? Okey, let say kamu ada sesuatu, yang tak boleh dipendam macam tu saja, luah kan. Mungkin melalui blog. Di sini, saya lihat banyak jaringan persahabatan. Semoga Ramadhan yang bakal menjelma memberi satu episod baru buat kita semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan ;p
eca pun rasa cmtu kat blog eca sya. alaaa, nanti cemana kita nak behubung balik. ;((
jgn berenti…
masih ada yg sudi baca
🙂
@Ismail Noh: Selamat berpuasa juga untuk en. IN
@Azlina: Terima kasih di atas concern yang diberi. Terharu..huhu..InsyaAllah, Sya cuba untuk terus berblog. Tu yang tukar template baru ni. Nak cari mood baru.
@Eca: Kadang2 perasaan tu memang selalu datang pada diri kita, kan. Eca kan tahu YM ID Sya, kita masih lagi boleh berYM.
@SyuQ: Terima kasih kerana jadi pengikut yang setia. Terharu di sini. Huhu..InsyaAllah, Sya cuba ya untuk terus berblog. Cuma bulan puasa ni, berblog pun, limited edition je.