Kau comel, tapi…

Lama dah aku tak bercerita dalam blog ni. Kadang-kadang jadi part time tukang karut kat blog ni best juga. Dalam minggu ni memang aku jarang update blog. Selalunya setiap hari aku update. Tapi untuk bulan Ramadhan ni, memang aktiviti blog dikurangkan. Apapun, aku cuba untuk buat schedule post di hari minggu. Cuba lah takat mana yang aku mampu, tak de lah aku nak memaksa diri sangat dalam berblog ni. Karang hilang pula keseronokan berblog.

Alkisahnya, pada 1 Ramadhan hari tu, sesuatu telah berlaku pada aku. Tak de lah apa sangat pun sebenarnya. Tapi aku akan ingat juga lah peristiwa ni. Rabu hari tu, aku macam dah terlambat 5 minit untuk pergi kerja. Tapi bukan lambat masuk kerja, ya. Cuma aku keluar lebih lambat dari kebiasaannya.
Jadi, dalam hal nak cepat tu, lepas go stand kereta, aku keluar lah dari kereta untuk tutup semula pagar rumah. Lepas tu, aku masuk semula dalam kereta. Sebaik sahaja aku tutup pintu kereta, dan mula nak tekan minyak, hidung aku tertangkap satu bau yang mengasyikkan. Bau tahi kucing!. Alamak!. Sepantas kilat jari aku menurunkan tingkap kereta.
Dalam hati aku “Hadoi, habis lah, kereta aku bau tahi kucing. Aku terpijak tahi kucing ke?. Huh!”. Memang aku control kaki aku agar tak pijak sangat karpet kereta, supaya tahi tu tak melekat kat karpet. Jenuh la pula aku nak kena basuh karpet nanti. Kalau nak tunggu balik kerja baru basuh, alamatnya, dah melekatlah tahi tu, dan pastinya bau tu akan sebati dalam kereta aku. Letak perfume 10 bekas pun belum tentu wanginya.
Aku memang tak sabar nak sampai tempat kerja. Sampai je di kilang, aku scan ID kad cepat-cepat, sebab lambat kena potong gaji. Lepas tu aku cek kasut. Tengok-tengok, memang ada pun si najis meow tu kat kasut kanan. Huhu..cepat-cepat aku lesetkannya ke rumput. Pergh! Aromanya…faham-faham je lah kan aromamnya macam mana.
Kemudian, sampai office, aku letak beg, on PC, cepat-cepat aku ke toilet. Nak basuh kasut. Adalah lagi sikit baki najis tu kat kasut aku. Bila aku kesat je dengan tisu, pergh! aromanya menerjah lagi lubang hidungku. Uish! Tak sanggup aku.
Itulah kisahnya 1 Ramadhan aku kali ni. Nasib baik carpet kereta aku tak kena tahi kucing tu. Kalau tak..menangis tak berlagu lah aku…Berjaya juga aku control kaki aku dari memijak carpet kereta dan nasib baik sebab aku pakai kasut tumit tinggi. Senang sikit nak control kaki masa tekan minyak. 
p/s: Apabila aku cerita kat mak aku, mak aku cakap, lain kali setiap kali nak masuk kereta, cek kasut dulu.  
p/s/s: Anda pernah mengalami peristiwa seperti ini?

error: Content is protected !!