Hari ni aku terpandang iklan baru Nuffnang. Tertarik hati untuk klik dan lihat apakah itu. Iklan mengenai Lip Ice. Ada contest. Tapi dalam contest ni, anda dikehendaki untuk menolong Amber, seperti yang dinyatakan di sapshot berikut:

Dengan login menggunakan Facebook, anda boleh mengambil bahagian dalam contest ini dengan bermain game dengan girang gembiranya. Seterusnya, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Nampak tak, gambar iPhone di atas ni? Nak tak? Kalau nak, jom main game ini.

Aku dah cuba main game ni, tapi kan, huhu…aku ni memang lemah sikit bab-bab main game ni. Asyik-asyik Amber kena marah je dengan bapa dia. “Amber, stay focused!”.

Selepas 3 kali Amber kena marah, “GAME OVER”.

Agaga..macam mana nak menang iPhone kalau macam ni?.

Oleh kerana aku frust tak reti main game ni, aku pun baca Tip Penjagaan Bibir yang ada disini. Bagus tips-tips yang ada di sini. Boleh juga aku amalkan, sebab bibir aku ni memang selalu kering. Lebih-lebih lagi, suhu di pejabat aku selalu jatuh sehingga 20 darjah celcius. Keadaan yang sejuk dan kering, memang mudah lah bibir aku pecah. Hehe..bibir aku pernah berdarah masa kat pejabat, dek kerana dah terlalu kering.

Antara tips penjagaan bibir yang diberi:
1. Sentiasa lembapkan bibir. Anda perlu sentiasa membawa bersama lip balm.
2. Setiap pagi, gunakan berus lembut untuk memberus kulit kasar di bibir anda. Kemudian, sapukan lip balm untuk melindungi bibir.
3. Sebelum tidur, sapukan lip balm dibibir. Ini dapat membantu mengekalkan kelembapan bibir anda.
4. Lindungi bibir dari cahaya UV matahari. Gunakan lip balm yang mempunyai SPF yang sewajarnya.
5. Sapukan lip balm sebelum memakai lipstik.
6. Jangan jilat bibir. Air liur yang terkena di bibir akan mengering bersama kelembapan semula jadi bibir anda. Ini akan menyebabkan bibir lebih mudah kering dan merekah.
7. Jangan gigit bibir. Perbuatan menggigit bibir akan menyebabkan kulit mati merekah, menyebabkan bibir lebih kering dan pecah-pecah, seterusnya berdarah dan sukar untuk dipulihkan. 
8. Minum air dengan banyak.
9. Makan sayur dan buah-buahan. Vitamin yang terkandung di dalamnya baik untuk kulit dan juga bibir anda.
Ada banyak lagi tips penjagaan bibir yang diberikan oleh Lip Ice. Anda bolehlah membacanya dengan klik pada iklan Lip Ice yang tertera.

BACA JUGA :  KENAPA TAK DAPAT APA-APA PUN DARI NUFFNANG?
error: Content is protected !!