Larangan ke-9 terhadap wanita:
9. Wanita Melakukan Tato
Apa itu tato?
Tato adalah memberi tanda pada muka atau mana-mana anggota badan dengan warna biru dalam bentuk ukiran tanpa mengeluarkan darah. Perbuatan ini dilakukan dengan menusukkan pada mana-mana anggota badan, kemudian diberi celak atau kapur pada bekas tusukan tersebut sehingga kulitnya berubah menjadi warna biru atau hijau.
Orang-orang kafir dari kalangan pengikut agama biasanya melakukan tato dengan melukis bentuk atau lambang agama masing-masing. Pengikut agama Kristian biasanya melukis salib di tangan dan di dada.
Islam memandang perbuatan bertato ini sebagai perbuatan zalim kerana menyeksa diri dan menyakiti anggota yang ditato. Allah S.W.T melaknati orang yang melakukan tato kerana menyerupai orang-orang musyrik atau orang kafir yang boleh merosakkan moral dan peradaban manusia.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaknat orang yang menyambung rambutnya, yang meminta disambung rambutnya, orang yang bertato dan orang yang minta ditato pada kulitnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: Petikan dari Buku: 33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA
Assalamualaikum sya. Salam ziarah pagi Jumaat ;p
Saya menanti entri sya.
P/S: Saya tak gemar eh tengok orang bertato2 ni. Uhuh. Kat Sabah ni, kalau pi kedai n penjual nya bertato, memang terus saya blah macam tu je. Memang alergik betul dengan tato2 ni.
Tato…kan sakit bila ukir tu..
@Azlina: memang macam2 corak orang bertato ni, amapk ganas siket.
@zmah: memang sakit pun.