Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di kampung. Hari ni aku jadi pemandu yang berhemah. Ops Sikap lah katakan. Aku drive memang slow, tak pernah se slow ini. Sampi 80 km/j je pun ada. Maksimum pun aku tertekan 120 km/j. Huhu..tapi memang kali ni aku nak patuhi had laju.
Owh! Trafik berjalan dengan lancar. Syukur sangat, jalan tak jem. Berkesan juga strategi yang aku susun dan aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat untuk pulang ke kampung pada petang raya ini. Keluar dari kilang jam 3 petang dan memulakan perjalanan pulang ke kampung jam 4 petang. Tiba di kampung halaman jam 5.30 petang. Inilah tempoh normal untuk perjalanan aku ke kampung. Kalau 2 jam baru sampai kampung, tu dah dikira lambat.
Sepanjang perjalanan, tak berapa banyak kereta di kedua-dua hala. Trafik berjalan lancar, kecuali di satu tempat (lokasi aku tak berapa pasti, berdekatan kawasan Kulaijaya rasanya), jem sekejap kerana ada kemalangan. Sebuah kereta terbalik (tak pasti kereta apa sebab aku memang tak cam jenis-jenis kereta ni), mujur bahagian pemandu termasuk dalam longkang di tepi highway, jadi aku kira pemandu dan co-pilot tak tercepit sangat. Yang aku perasan, mangsa merupakan seorang perempuan. Ketika aku melihatnya, bajunya bertompok2 darah sana sini. Duduk di sampingnya, seorang lelaki. Riak wajah perempuan itu seperti sedang menahan sakit. Aku rasa mangsa seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja. Terbalik bersendirian tanpa melibatkan kenderaan lain.
Tatkala melintasi kawasan kejadian, serta-merta aku berselawat dan lafaz Allahu Akbar beberapa kali. Doa dipanjatkan agar Dia memelihara perjalan aku sehingga aku sampai ke destinasi. Huhu..seram juga. Dahlah aku sorang-sorang je drive. Perjalanan yang agak membosankan juga tadi. Sebab aku memang tak betah berjalan jauh. 1 jam je pun dah rasa bosan.
Apapun, rasa kasihan aku pada si mangsa. Confirm esok dia beraya di hospital. Kesiannya dia…
KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA, HATI-HATI DI JALAN RAYA, YA. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. SAYANGILAH DIRI ANDA DAN ORANG YANG MENYAYANGI ANDA.
Kredit to Zon Bebas. Klik sini untuk mengetahui lokasi signboard terbaik ini.

BACA JUGA :  IKLAN RAYA PETRONAS 1 MINIT TAPI PENUH BERMAKNA
error: Content is protected !!