Ibu Norman, Kamariah Kamal menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Memey.

Semalam (13 Sept 2010), Mohd Norhakim Zaidon (Norman Hakim) dan Memey Suhaiza Suhaimi akhirnya menamatkan teka-teki hubungan mereka dengan tali pertunangan di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi.
Norman menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Memey. Bagaimanapun kedua-dua pihak enggan berkongsi soal wang hantaran.

 “Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri. Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami”.

~Memey, 22~

Setelah dua tahun lebih mengenali Memey, Norman mengakui jatuh cinta pada gadis manis itu sejak setahun setengah yang lalu dan menyifatkan kehadiran Memey dalam hidupnya ibarat pelengkap yang mengisi kekosongan di hatinya sejak dua tahun lalu.

“Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan.”

~Norman Hakim, 34~

p/s: Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.

Sumber:  myMetro

BACA JUGA :  M.RAJOLI MENINGGAL DUNIA...DIKEBUMIKAN JAM 11 PAGI
error: Content is protected !!