GEORGETOWN 18 Sept. – Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lalu dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.
Mangsa berumur 26 tahun dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur turut mendakwa dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.
Pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan dadanya. Laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun.
Dipercayai isteri kontraktor itu pula memukul mangsa jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol.
Sumber: Utusan Online
Jom baca entri ni pun best juga:
TEMPOH SAH LAKU TEBUS BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) DILANJUTKAN
TARIKH AKHIR LANJUTAN PEMBERIAN DISKAUN 50% SAMAN TRAFIK
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PARLIMEN BATU SAPI
BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?
DOWNLOAD ONLINE BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA - BR1M)
WARGA LONDON BUAT LAMAN WEB BANTU KUTIP DANA UNTUK ASHRAF