Malam ni, aku berseorangan di rumah. Housemate semua dah pulang ke kampung untuk membuat persiapan raya. Aku pula? Aku masih di sini. Masih di rumah sewa menyendiri melayari internet. Hehe…
Tahun ni, aku menjadi orang yang terakhir pulang ke kampung dan juga orang pertama yang kembali bekerja. Esok aku masih lagi bekerja. Tahun ni, aku tak minta cuti raya tambahan. Aku cuti setakat cuti yang company bagi je. Cuti raya selama 2 hari, hari selasa aku akan mula bekerja.
Ada beberapa sebab kenapa tahun ni aku tak apply cuti raya:
1. Aku tak ada hati nak beraya. Tahle…
2. Memang annual leave balance aku dah 0. So, kalau aku apply cuti, unpaid leave woooo…huhu..den tak sanggup. Sayang duit. Heeee 😀
3. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Hoho…aku target nak berhenti kerja dalam tahun ni juga. So, sebelum aku angkat kaki, better aku siapkan semua kerja, buat housekeeping untuk semua file dan folder yang ada di PC, supaya sesiapa yang ganti aku, tak pening nak cari maklumat yang ada dalam PC aku.
Esok last puasa. Lusa dah raya. Maka, di kesempatan yang ada ini, aku nak mohon ampun dan maaf kepada anda semua, andai sepanjang aku berblog ini, ada entri atau komen dari aku yang menyebabkan kalian kecil hati dan terasa atau yang sewaktu dengannya.
Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff

BACA JUGA :  SAYA SUKA BAU BADAN SUAMI SAYA
error: Content is protected !!