Salam lebaran kepada semua. Sekarang ni masih lagi lebaran. Minggu depan last Syawal. Huhu…sekejap je kan masa berlalu. Tahun ni, aku tak terasa sangat Syawal masih berjalan. Balik dari cuti raya, raya ke 7 hari tu, kehidupan aku kembali seperti sedia kala. Pagi kerja, malam balik kerja, duk rumah ngadap laptop. Huhu…lately ni lagi lah aku busy. Busy menyiapkan proposal untuk apply master. Siang sibuk kerja, malam je lah masa untuk menelaah sambil update blog.
Tapi hari ni lain sikit lah. Sebab rumah aku ada buat majlis akikah dan potong jambul anak sedara aku. Sekali dengan rumah terbuka. Semua in 1. Senang. Penat sekali je. Hehe…Rasa macam nak upload gambar majlis, tapi tak boleh. Huhu…
Ok, selingan je tu. Sebenarnya, sempena masih Syawal ni, jadi aku saje je nak share sikit keadaan trafik ketika sebelum Syawal (kebanyakan blogger sibuk dengan persiapan raya), ketika Syawal (hari raya pertama hingga ke 4) dan selepas kebanyakan blogger dan orang awam mula start kerja.
5 hari sebelum raya dan raya pertama:
Raya pertama – trafik merudum
Raya ke-2 hingga raya ke-4 dan selepas cuti raya:
Trafik merudum bermula raya pertama hingga raya ke-4. Start raya ke-5, orang dah mula start kerja. Trafik mula up sikit. Tapi kemudian turun semula. Blog ni pun start update raya ke-5. Hehe…4 hari blog ni tak berupdate sempena raya.
Tapi, bagi aku, trafik jatuh ketika raya adalah perkara yang baik. Sebab, ini menunjukkan blogger-blogger dan kebanyakan orang sibuk beraya dan tak melayari internet. Satu perkara yang baik lah kan. Sekurang-kurangnya, Hari Raya benar-benar dihayati dan amalan-amalan sepanjang Syawal masih lagi diamalkan.
Psst: Kunjung-mengunjung amalan mulia. Huwaaa….minggu depan minggu terakhir Syawal. Aku dah mula tersepit. Nak beraya rumah sedara-mara di JB, kawan-kawan pula di kampung. Rasa bersalah pula, sebab kawan-kawan rajin datang beraya rumah aku, tiap tahun. Aku pula asyik tak balas kunjungan mereka. Dulu sebab takde kereta, susah nak bergerak. Sekarang dah ada kereta pun…ermmm…sebab kereta aku tak servis lagi, takde budget. Esok gaji…yahooooo…..Hujung minggu depan boleh lah beraya..hehe..
Anda dah habis beraya ke? Dah berkunjung ke rumah semua saudara-mara, dan sahabat taulan?
haha.. semua orang raya.. tak ada online =P
Jatuh2 pun tapi bila dah naik…tuudia…kalah sy akak..hehe..sy salu je klh gn akk..hehe..
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**
wow..banyaknye trafik..
P/S: terus follow kamu~
@Ken: betul3..
@Faiz: xde sape menang, xde sape kalah lah Faiz. Blog awak makin hari main mantap,akk tengok.
@Nobita: huhu…banyak ke? Orang lain lagi banyak.