Semalam tak jenguk blog langsung. Hari ni hari Jumaat, waktu rehat sejam, sempatlah aku berblog sekejap. Alhamdulillah, masih ada yang mampu membuat aku tersenyum tatkala melawat website Nuffnang. Tersenyum melihat statistik trafik blog ini walaupun aku tak berblog sakan dalam tempoh hampir 2 bulan ni. Hanya mampu menjenguk blog, jika sempat, buat entri baru, cek website Nuffnang untuk melihat trafik jatuh ke tidak dan juga untuk cek duit tabung Nuffnang. Tu je yang aku sempat buat, untuk tempoh rehat yang sangat sekejap ni.
Inilah keadaan trafik lalulintas blog ini,sepanjang minggu ini. Dulu, purata 30 UV je sehari. Sekarang, Alhamdulillah, aku dapat maintainkan dalam 50 sehari. Terharu juga, sebab aku tak berblogwalking dan tak sempat nak ping kebanyakan entri (hampir 98%), tapi dapat juga trafik macam ni.

Paling membuat aku tersenyum ialah melihatkan duit tabungan campaign earning aku bertambah. Baru aku ingat nak hantar tiket pada Nuffnang, bertanyakan mengapa tiada pertambahan campaign earning walaupun aku tengok ada kempen yang menari-nari di blog dalam sebulan ni. Tapi tengoklah ni, memang genap sebulan, barulah campaign earning aku bertambah. Walaupun 25 sen, tapi Alhamdulillah, akhirnya dia bertambah juga. Sekurang-kurangnya, aku tahu yang aku masih lagi boleh dapat campaign earning ni. Ingatkan memang dah nak stop terus earning tu. Dah sebulan wooo tanpa pendapatan dari kempen. Huhu…

Nasib baik buffered di blog ni tak pernah putus. Syukur.. tapi tulah, aku pun tak tahu kenapa, sejak khamis lepas, income aku untuk CTR tu tak keluar pula. Padahal sebelum ni, ada nilainya. Kenapa ek? Ada sesiapa yang pernah melalui pengalaman seperti ini? Earning untuk CTR aku ditarik ke? Tapi, yang 1 tu, ok pulak.

Yang ngantuk,

BACA JUGA :  KAJI STATISTIK BLOG DENGAN STATCOUNTER
error: Content is protected !!