Hari ni baru berpeluang ngadap blog lama sikit. Sebenarnya, dari minggu lepas lagi, aku dah mula tak mengadap laptop sangat dan tak berblog. Latest entri aku, semalam. Tapi tu sebenarnya aku curi masa lunch aku untuk jenguk blog sekejap.
2nd last entri aku, Ahad lepas. Sabtu dan Ahad lepas lah masanya aku buat entri banyak-banyak. Aku memang tak de schedule post mana2 entri buat bekalan selama seminggu aku tak sentuh blog ni. Bagi yang mungkin tahu mengenai kerosakan laptop aku, sehingga kini, laptop aku tu masih lagi begitu keadaannya. Hmmm..malas la aku nak cerita hal yang sebenarnya yang terjadi pada aku sejak laptop aku rosak. Kalau nak cerita, 10 hari 10 malam pun tak habis. Mana taknya, laptop aku rosak dah sebulan setengah. Bukan 1 tempoh yang sekejap bagi aku.
Dah lama tak usik blog ni, otak aku pun jadi jem dah. Macam dah tak tahu nak buat entri apa. Semangat berblog pun ala-ala dah makin menjunam. Tah ler…
Semalam, masa 40 minit lunch hour, sempat aku jenguk Nuffnang. Agak senyum dan teruja aku melihat trafik blog ni yang maintain melebihi 100 unique visitor selama seminggu blog ni tak berupdate. Masa aku update blog tiap-tiap hari sebelum ni pun, purata 50 je UV sehari. Alhamdulillah, strategi yang aku susun berkesan. Aku tahu aku tak dapat jenguk blog ni selama seminggu, jadi aku susun 1 strategi. Syukur kerana ianya membuahkan hasil.
Tapi aku tahu, mulai hari ni, trafik tu akan menjunam. Dan aku takkan terperanjat kalau UV akan semakin menurun hari demi hari. Hari ni je aku boleh jenguk blog sekejap. Esok mungkin dah tak boleh buat apa-apa dengan blog ni lagi. Ni laptop pinjam mak sekejap je. Untuk hari ni. Esok laptop ni akan pulang ke pangkuan tuannya.
Sekali lagi blog ni akan ditinggalkan, mungkin bukan seminggu, tapi 2 minggu. Kali ni aku tak de susun apa-apa strategi. Masa yang aku ada dengan laptop ni terlalu singkat, dan aku perlu gunakannya sebaiknya. Bukan untuk berblog, tapi untuk siapkan proposal untuk apply biasiswa.
Dear my precious blog, will you miss me?
Psst: Nak ucap thanks kepada blogger Eyriqazz sebab pilih aku sebagai pemenang Contest di blognya.
Pssst: Ada 2 Buffered tengah berjalan. Nuffnang, jangan merajuk yer walau blog ni tak berupdate.
lap top rosak?… saya pulak keyboard rosak.. bikin panas… akhirnya dapat jugak singgah menjenguk blog kawan2.. erm.. saya follow blog ni ok? hope sudi jugak follow blog saya.. bace la dulu entry2 yg tak seberape tu.. komen la ape2 yg patut… sila-sila… jemput.. buat mcm blog sendiri..
@Zulkifli: memang bikin panas je laptop rosak ni..nak buat kerja pun susah..aktiviti berblog memang tergendala la..