Semalam aku melawat mak long aku kat HSA. Sedih sangat aku tatkala aku sampai ke katil dia. Melihatkan keadaannya yang terbaring lesu, tampa boleh bergerak, hanya mata sahaja yang boleh pejam celik. Terperanjat dengan berita yang dikhabarkan.
Sabtu malam, mak long di serang strok. Doktor sahkan tekanan darah mak long tinggi, glukosa pun tinggi. Anak-anak mak long semua pun terkejut, sebab sebelum ni, dia tak de pun darah tinggi. Yang paling menyedihkan, bila doktor scan kepala, ada darah beku dalam otak dia. Sebab tu tekanan darah dia naik mendadak. Aku tengok rekod mak long, Ya Allah, semua merah je tekanan darah dia. Paling tinggi 286? Rendah-rendah pun 200 lebih juga.
Mak long perlukan ketenangan. Mak long tak bertenang. Dia tak suka hospital. Darah dia makin naik. Aku tengok dada dia pun, laju je dia bernafas. Semalam mak long dah tak boleh bercakap. Tapi dia dengar apa yang orang cakap. Sedih aku tengok keadaan dia.
Kawan-kawan, tolong doakan sekali, moga mak long aku cepat sembuh, eh.
Huhu..sedih…
berdoa pada allah manyak3/
take care. jgn sedih3
Latest entry di:
Aku dan makanan
@PinQib: ya, berdoa dan tawakkal. Kesian dia suffer..