Apabila baca berita-berita macam ni, dah nak akhir zaman ni, nyawa manusia dah jadi makin tak berharga je. Mana pergi perikemanusiaan. Tikam manusia sehingga 32 kali, dah mati pun ditikamnya juga, terseksalah jenazah tu. Pula tu, tikam depan anak. Trauma lah budak tu, tengok mak mati kena tikam depan mata.
KOTA BHARU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini terhadap pertuduhan pindaan membunuh seorang suri rumah yang juga jirannya di Pantai Senok, Bachok, empat tahun lalu.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim ketika menjatuhkan hukuman terhadap Rahim Ngah, 33, menyifatkan kejadian bunuh itu adalah antara yang paling kejam sepanjang kerjayanya sebagai hakim kerana mangsa ditikam 32 kali.
Beliau berkata, mangsa mengalami serangan yang amat dahsyat dan kejam, ditikam 32 kali, malah mangsa terus ditikam walaupun selepas kematiannya.
Rahim pada 14 September 2006, antara jam 8 hingga 9 pagi di rumah bernombor 1003, Kampung Senok, Bachok didakwa menyebabkan kematian Norazlina Awang yang ketika itu berumur 27 tahun. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun.
Peguambela tertuduh, P Durai Raj dalam rayuannya berkata, anak guamnya sudah insaf dan memohon supaya mahkamah dapat mengambil kira perkara itu ketika membuat keputusan. Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Wahab, bagaimanapun membantah dan meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana apa yang dilakukan tertuduh itu adalah sesuatu yang kejam.
“Tertuduh juga membunuh di depan anak lelaki mangsa yang ketika itu berumur satu tahun dan mengikut laporan mangsa terus ditikam walaupun sudah mati. Mengalir air mata darah sekali pun mangsa tidak akan dapat dikembalikan semula,” katanya.
 
Sumber: Berita Harian

BACA JUGA :  BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?
error: Content is protected !!