Ketika aku ke Beijing April lalu, Beijing sedang mengalami musim bunga. Jadi, tips-tips yang aku berikan ini, berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa aku di sana.
Maksudnya di sini, rasa dulu air tu dengan tangan, panas or sejuk sebelum gunakannya. Aku pernah merasa beristinjak dan berwudhuk dengan air yang panas sampai berwap-wap toilet tu dan juga dengan air yang sejuk giler, rasa macam pegang ais. Boleh baca entri
Blogger Yang Terdesakuntuk pengalaman aku beristinjak dengan air yang sejuk sangat tu.Aku cadangkan, bila anda dah tahu air tu panas giler, tadah air tu dulu dalam botol, biarkan untuk seketika, bagi dia suam-suam kuku sikit, baru gunakan air tu untuk istinjak. Kalau tak, sendirilah kena tanggung, kalau anda curahkan air yang panas kat ehem-ehem korang tu.Aku ambil wudhuk dengan air tu, macam kena salai je muka aku ni aku rasa. Tapi, ada kelonggaran dalam Islam untuk kes-kes darurat macam ni. Silalah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa yang arif mengenai berwudhuk dan istinjak jika air yang ada terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana air yang terlalu panas dan sejuk ini tak elok untuk kulit dan kesihatan kita. Aku dulu masa pergi sana tak budget pun akan berdepan dengan situasi ni, so aku lenjan je guna air tu. Dekat
entri ni, ada komen dari seseorang, tentang cara beristinjak dengan air yang sejuk. Silalah baca, ya.
3. Tidur awal
Ketika musim bunga di Beijing, siangnya memang panjang. Memang puaslah berjalan. Tapi malam sangat pendek. Tak puas tidur. Hik2. Waktu solat mereka, tamat awal lebih sejam dari Malaysia. Kalau di Semenanjung Malaysia, dekat pukul 7 baru Subuh habis, tapi kat sana pukul 6 dah kira Subuh gajah, ya. Jadi, bangunlah awal subuh. Sebab tu, pemandu pelancong nasihatkan kami untuk tidur awal malam tu. Jangan tidur lambat, nanti susah nak bangun subuh. Lepas je subuh, dah kena bersiap-siap untuk sarapan dan aktiviti lawatan akan bermula.
4. Sapu losyen seluruh anggota
Cuaca di sana sejuk dan kering. Sapu losyen di seluruh anggota badan akan memberikan kelembapan pada kulit dan ini dapat mengelakkan dari kulit anda merekah. Hik2..jangan jadi macam aku, ya. Aku tak bawa losyen, habis mengelupas kulit kaki dan tangan aku. Memang lain macam je aku tengok keadaan kulit aku kat sana.
5. Sapu lip balm di bibir
Sebabnya sama juga macam di atas, untuk elakkan bibir dari pecah dan merekah. So, kena bawa lip balm ke mana saja anda berada. Cuaca di sana sejuk, kering dan berangin.
6. Kalau rasa gatal, jangan keruk
Sila jangan keruk anggota badan yang terasa gatal tu ya. Ini akan memudaratkan kulit anda. Memang tangan dan kaki rasa gatal-gatal je bila balik dari jalan-jalan tu.
7. Bersabun hanya sekali sehari
Selalunya kalau kita mandi, kita akan pakai sabun atau body shampoo kan. Tapi bila kat sana, pemandu pelancong nasihatkan agar gunakan body shampoo / sabun sekali je sehari untuk elakkan kulit terlalu kering dan mengelupas.
8. Pakai kasut bertutup
Cuaca sejuk, jadi kena pakai kasut yang bertutup. Juga untuk elakkan kaki krem.
9. Pakai pakaian tebal dan berlapis-lapis
Cantik sweater budak perempuan ni =D
Pakai kot/sweater musim sejuk seperti yang kita tengok orang putih selalu pakai kat TV tu. Kalau takde sweater macam tu, boleh pakai sweater biasa, tapi kenalah pakai berlapis-lapis. Tudung pun aku pakai 2 lapis, sebab leher rasa sejuk, lebih-lebih lagi bila angin tiup. Angin dia memang sejuk menusuk tulang walaupun ada cahaya matahari. Bila angin tiup je, huhu…memang menggigil. Suhu paling rendah ketika aku di sana ialah 0oC. Paling panas pun 17oC. Jika anda pergi pada musim sejuk, suhu boleh cecah -14oC. Walaupun ada cahaya matahari, tapi tak terasa langsung terikan mentari tu. Lebih elok lilit selendang kat leher. Tapi, kalau takde selendang, pakai je tudung 2 lapis.
10. Pakai sarung tangan
Cuaca yang sejuk, kalau tak pakai sarung tangan memang tak boleh tahan. Pakailah sarung tangan yang tebal dan khas untuk cuaca sejuk di oversea, sebab ada juga sarung tangan yang walaupun kita dah pakai, tapi sejuknya masih terasa. Masa aku berjalan di Istana Maharaja, aku tak pakai sarung tangan sebelah, sebab nak ambil gambar susah. Natijahnya, tangan aku berkedut seperti tangan perempuan tua berusia 100 tahun. Lepas tu, cepat-cepat aku pakai glove, hehe…
11. Standby duit untuk penerbangan balik
Jangan habiskan semua duit untuk membeli-belah. Perlu standby duit untuk charge bagasi. Biasanya bagasi akan di charge ikut berat. Aku menaiki Air Asia. Ketika di Lapangan Terbang Tianjin tu, masa nak timbang bagasi, mereka letak bagasi dalam besen kosong dan besen kosong ni beratnya 2 kg. Maknanya, charge bagasi akan dikira untuk berat bagasi + berat besen tu. Boleh check kat website syarikat penerbangan yang anda naik, untuk mengetahui berapa fee yang dikenakan.
Alternatif untuk bagasi terlebih berat:
Boleh share dengan rakan rombongan yang lain. Time aku dulu, pihak urusetia ada tanya sama ada nak join group punya bagasi. Maksudnya, semua bagasi di timbang dan fee yang dikenakan akan dikira untuk total berat bagasi. Kadar bayaran kemudian dibahagikan ikut berapa orang yang join group ni. So, di sini, anda boleh jimat sikit daripada kena bayar fee untuk bagasi anda yang berat tu sendirian.
Alternatif untuk bagasi yang ringan
Tak payah join group yang kat atas tu sebab nanti anda mungkin rugi sebab kena bayar lebih. Check in je baggage untuk diri anda sendiri.
12. Bawa duit lebih
Siap-siaplah tukar duit lebih dari Malaysia lagi. Sebab kalau anda tukar di sana, anda akan dapat amaunt kurang dari jika anda tukar di Malaysia.
Contohnya:
RM 1 = RMB 2 (jika tukar di Malaysia)
RM 1 = RMB 1.80 (jika tukar dengan peniaga di sana).
Biasanya memang pemandu pelancong tak bawa kita ke tempat penukaran mata wang. Di sana, 99% dari tempat yang aku pergi, tak terima RM. Jadi, jika anda tak cukup wang RMB, mungkin ada peniaga yang terima RM, tapi rate dia lebih rendah dari yang sepatutnya (yang ni ikut peniaga tu nak letak rate berapa-berapa pun. Dia tahu kita dah terdesak nak beli barang tu, tapi tak cukup RMB). Kita dah rugi di situ. So, bawalah duit lebih dari Malaysia. Sebab kalau tak habis guna kat sana pun, boleh tukar semula apabila tiba di Malaysia.
Sekian sahaja untuk tips percutian ke Beijing dari aku. InsyaAllah, akan datang aku bagi tips membeli-belah di sana dan barang apa yang sangat berbaloi untuk di beli di sana.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Bercuti di Beijing Episod 1
Bercuti di Beijing Episod 2
Bercuti di Beijing Episod 3
Bercuti di Beijing Episod 4
Bercuti di Beijing Episod 5
Bercuti di Beijing Episod 6
Keadaan Terdesak Ketika di Beijing
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.
susah jugak eh kalo xde air dlm toilet
thanks for the tips isya~hehehe
nseb baek mse sya g taiwan dlu tk seterok nie..
huhuhu~
klu tyme emenjensi nk membuang tuh skali msuk2 toilet xde paip..
adehhh~mmg sakit laa..=P
bestnya berjalan ke tempat orang,,bilalah agaknya dapat merasa nih. Tapi memnag betul, member-member cerita kat tempat orang perkara yang memeritkan dah semestinya bab-bab emergency camtuh. Kena buat persediaan awal. Thanks sharing info nih.
tahniah…anda salah seorang pemenang…http://www.eyriqazz.com/2010/10/pemenang-rezeki-berblogging-untuk.html
wah menang hadiah kat blog eyriqaz, tahniah!
terima kasih atas tips pelancongan ke beijing…insyaAllah akan ke beijing awal bulan depan….
terima kasih tuk tips pelancongan ke beijing …saya pun insaallah akhir tahun akan ke beijing jugak…
@Eyriqazz: Terima kasih cikgu dan Elisya, pilih Sya sebagai pemenang.
@suffer8zine: terima kasih
@E.d.Y: sama2. Wah! pergi berapa hari?
@Anonym: sama2..lama ke pergi? Beijing best!
@lea: memang leceh kalau toilet takde air..kita dah biasa dengan air
@Nabiel: best tak Taiwan?
@eiela: InsyaAllah, satu hari nanti eiela dapat melancong..memang best melancong ni. Sya suka tengok tempat orang.
thanks..sebb nak g beijing tis dis…dapat sedikit info yg bermakna..
maceh diatas tips yg penulis berikan..semoga sama2 mendapat manafaat..cheers!!!
@kak as: sama-sama. Beijing memang best. Berbaloi untuk pergi ke sana.
@lili suriani: cama2..hehe =D moga bermanfaat. sekadar berkongsi pengalaman.
bagus sgt tip2 ni, cuma makuda nak tanyalaa agak2 berapa pjg getah paip yang nak dibawa….semeter? ke 2 meter ke??
@MAk Uda Ida: Erm..Sya pun tak pasti. Lain hotel lain design belik nya. 1 meter pendek kot. 2 meter, mungkin OK lah. Takpe, biar panjang terlebih, jangan terkurang, karang tak sampai pula. Selamat bercuti. Beijing best, aspecially Tembok Besar China.
Besh….rasa mcm nak pergi lagi
http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html
Wow, thanks for sharing!
Tips tambahan, gunakan Flexiroam untuk berjimat ketika dia China 🙂
tak buat sebarang call pun kat sana. siap off hp lagi. xmau gangguan. 😀
thnks akak for tips yg berguna…tp susah jgk xda air..ptot la org ckp xpe xda letrik jgn xda air..cuba kalo wanita yg dtg bulan?mcm mana la ye..msti azab kan…sbb kita da biasa bersuci dan meyucikan tuala wanita dan kita punya ehem..ada tips utk mcm ni?
Terima kasih.Tips yg amat berguna..Alhamdulillah.
Sama-sama. Sekadar berkongsi. Nak buat entri tips membeli-belah di Beijing tak buat-buat lagi. Huhu..
wah.. thanks! tips yang sangat berguna. cuak gak katanya sejuk sangat ye kat china. coz saya tak tahan sejuk. gatal pulak nak pegi time winter. mesti lagi double triple sejuk kan.. tak sabar nak tgu entry bende2 yg nak dishoping di china. 🙂
Huhuhuuuu.. on 26 May 2012 till 1 June 2012 sy & my hubby akan ke Beijing-Thianjin,. From KLIA direct to Beijing by China Airline,.. kami dikhabarkan pada waktu itu penghujung musin bunga, tp not sure plak sejuk bangat atau tidak,… x sabar rasanya nk bercuti melihat keindahan ciptaan ALLAH.. Dengan info yg sy dpt maka kami lebih berhati2… Thanks for your information… Beijing-Thianjin wait for me… Insya’ALLAH..
mahal tak air mineral kat sana?
Air mineral kitorang tak beli, bawa yang hotel sediakan je.
Salam,
Seronok juga baca tip tu…sangat berguna.