Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, mengikut kajian Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas, sebanyak 2,100 atau 5.1 peratus graduan menganggur antara satu hingga tiga tahun; 4,800 (11.6 peratus) menganggur antara enam bulan hingga setahun, manakala 12,600 (30.4 peratus) menganggur untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Hanya 1.8 peratus atau 700 graduan yang menganggur melebihi tempoh tiga tahun berbanding jumlah keseluruhan yang menganggur iaitu seramai 41,500 orang.
Menurut beliau, antara faktor yang utama mereka gagal mendapat pekerjaan ialah:
1. Kurangnya permintaan terhadap bidang pengajian yang diperoleh
2. Kurang kemahiran berkomunikasi serta kelemahan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris
3.Kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pengambilan
4. Enggan berhijrah dari kampung halaman serta mengharapkan gaji yang tinggi
Sumber: Kosmo!
Psssttt: Dulu masa zaman aku bergelar siswi, memang selalu aku berfikir mengenai majikan yang nak ambil pekeja yang berpngalaman je. Kalau graduan tak diberi peluang untuk bekerja, macam mana nak dapat pengalaman?.
hmm..memang ramai yang menganggur..dari dulu sampai sekarang..kalau rasa diri tu susah sgt nk carik keje, pandai2 la carik inisiatif sendiri..berniaga salah 1 cara yang terbaik..gunakan kelebihan yang ada..
insyaallah kadar pengangguran akan turun bile semua berfikiran mcm ni.. 😀
hmm..memang ramai yang menganggur..dari dulu sampai sekarang..kalau rasa diri tu susah sgt nk carik keje, pandai2 la carik inisiatif sendiri..berniaga salah 1 cara yang terbaik..gunakan kelebihan yang ada..
insyaallah kadar pengangguran akan turun bile semua berfikiran mcm ni.. 😀
menganggur? berniaga boleh.. 🙂
Entry terbaru: 10 Goal EPL Terbaik Oktober
Sebenarnya banyak benda yang boleh buat di Malaysia kita nie. Janji jgn pilih kerja sgt.
Cuba tgk kat blog saya nie… http://www.goavail.com/kerjakosong
@Avail Beauty: Memang betul tu, tapi kadang2 memilih kerja pun perlu juga, tapi selepas dah dapat kerja. Masa frsh, kena terima je apa yang dapat. Tapi, tak semestinya kena makan gaji je, kan.
@Sufi Tshirt Printing: memang perlu berfikiran kreatif dan positif. Kadar pengangguran tinggi juga disebabkan terlalu memilih kerja.
@Anzur Anuar: Sya pun rasa macam nak berniaga, tapi tak tahu nak berniaga apa.