Ke laut sudah….
Setelah sekian lama aku tak berblog (walaupun blog ni berupdate hampir setiap hari), tapi aku tak rasa pun yang aku ni berblog. Bukannya apa, sejak laptop aku rosak 2 bulan yang lalu, aktiviti berblog aku sudah mula berubah, menyebabkan rasa untuk aku berceloteh di blog ini pun, dah semakin menipis.
Hari ni rasa macam best sangat, sebab aku dapat balas dendam pada blog. Lama sudah aku meninggalkan aktiviti blogwalking. Walaupun sebelum-sebelum ni, memang aku jarang berblogwalking, tapi tiap hari, adalah juga menjenguk blog kawan-kawan. Walapun tak sampai 10 blog yang aku jenguk. Tapi, aktiviti ni dah lama aku tak lakukan. 2 bulan bukanlah tempoh yang terlalu lama, tapi bukan juga tempoh yang terlalu sekejap.
Rasa puas juga bila dapat komen entri-entri kawan. Memang aku suka jadikan dashboard aku sebagai tempat untuk mencari tajuk dan blog untuk di baca. Pergh! Panjang giler list kat dashboard aku tu. Banyak betul entri-entri blog yang aku follow, yang aku tak jenguk-jenguk. Of course bukan semuanya aku jenguk, setakat mana yang mencuri tumpuan dan perhatian aku buat masa ni. Banyak juga lah blog yang aku dah jenguk hari ni. Best-best semuanya.
Apabila melihat dan membaca entri-entri mereka, aku dapat merasakan semangat mereka berblog. Bagus betul. Aku ni?. Huhu..asyik nak ke laut je. Maklumlah, dah hirup udara laut banyak sangat (2 bulan tu). Walaupun aku update blog ni, tapi kepuasan tu tak ada. Macam mana nak puas, kan, kalau update pun curi-curi je masa lunch hour. Nak celoteh banyak pun tak boleh. Kalau nak buat luahan perasaan pun, belum habis terluah lagi, line dah tak clear. Aku tak pernah berblog depan anak buah aku. So, diorang pun tak tahu yang aku ni ada blog.
Aku lagi selesa berblog di rumah. Tak de mood sebenarnya nak berblog kat opis. Pernah sekali tu, tiba-tiba boss aku masuk opis aku, masa aku tengah jenguk blog. Ya ampun, nasib baik tak kantoi. Aku dapat tarik perhatian boss aku untuk tak memandang pada skrin PC aku. Kalau dia nampak, matilah aku. Time tu pun sebenarnya dah lepas office hour pun, aku saje je stay sekejap jenguk blog. Tapi tak claim OT pun. Tapi, ya lah kan, kalau aku kantoi, ada pula nanti boss aku ingat aku stay back main internet lepas tu claim OT. Huish, aku tak pernah berniat nak buat macam tu. Bagi aku, biarlah aku dapat rezeki yang diredhai.
Walaupun kini, dah seminggu laptop kembali kepangkuan aku, mood berblog belum pulih sepenuhnya. Lebih-lebih lagi kini masa aku untuk berblog sangat terhad. Jadual waktu aku kini sudah tak seperti dulu. Dan aku perlu akur pada pilihan aku sendiri.
Haish! Susah betul nak naikkan mood berblog ni semula. Bila sebut pasal nak naikkan mood berblog, mula lah mata dan tangan ni gatal, nak tukar templete blog ni lagi. Nak kasi mood baru datang. Uhuhu…

p/s: Malam kelmarin aku sempat balas komen-komen start bulan ni sehingga beberapa entri bulan lepas. Tapi, ada banyak lagi tu komen yang aku tak reply lagi. Huish! Nak reply 2 bulan punya komen tu. Tapi InsyaAllah, aku akan cuba reply juga, apabila ada masa terluang nanti. Kadang-kadang bila dah malas nak mengarang entri, balas komen-komen di blog ni, best juga rasanya. Walaupun aku sendiri pun tak tahu si pengomen baca ke tak komen yang aku balas tu. 

error: Content is protected !!