Salam, semua. Rentetan dari penyertaan program review 1 Hari 1 Blog oleh Gnesop, blog aku telah menerima review dari Bro Sop, seawal detik tengah malam hari ini. Cepat sungguh Bro Sop membuat review ni.

Review yang sempoi tapi nice dari Bro Sop ni memang padat isinya. Jom baca pandangan Bro Sop tentang blog ni.

1. Menggunakan nama blog dan URL yang berbeza

Nama blog ini: Hidup Adalah Anugerah
URL: http://akumerpatiputih.blogspot.com/

Berdasarkan maklumat yang Sop baca, untuk memastikan SEO yang terbaik ialah nama domain adalah sama dengan nama blog. Contoh: Blog hotel, menggunakan nama domain memasukkan perkataan hotel seperti hotelmurah.com, hotelreview.com, besthotel.com dan sebagainya. Kebiasaan website atau blog business akan menitik beratkan perkara ini. ~Gnesop.com
Input yang baru untuk Sya. Thanks, Sop. Biasalah kan, URL dan nama blog yang dipilih ni masa zaman awal-awal berblog. Jadi memang tak tahu ‘rules of thumb’ dalam pemilihan nama dan URL ni. Asalkan nama tu berkenan di hati, dengan senang hatinya nama-nama tu digunapakai. Masa awal-awal berblog (10 bulan yang lalu), berblog suka-suka je. Tak terfikir pula nak serius berblog. Tapi bila dah makin banyak ilmu berblog yang dipelajari, serius dalam berblog pun apa salahnya. So, bila nak serius, SEO dah jadi sesuatu yang penting, kan. Kalau nak tukar sekarang, Sya rasa macam payah pula. Sebab orang dah kenal URL dan nama blog ni. Tapi, andai akan datang Sya berubah fikiran, Wallahualam.
2. Kandungan blog

Bukan sahaja blog peribadi tetapi merangkumi pelbagai aspek yang berada di sekeliling beliau. ~Gnesop.com

Asalnya memang blog peribadi, tapi dah dilebarkan sayapnya untuk melihat dan menulis tentang apa yang berlaku di setiap sudut kehidupan, justeru nama blog ditukar kepada Hidup Adalah Anugerah. Nama asal blog ini adalah ‘Wonderful Life’.

3. Penambahbaikan

mungkin boleh masukkan header gambar atau flash. Juga tambah kotak jerit (shoubox) kerana para BW selalu cari untuk tinggalkan jejak“. ~Gnesop.com  

Keinginan untuk mempunyai header sendiri dah lama ada, tapi sehingga kini masih belum terlahir lagi header yang menepati citarasa dan tema blog ini. Maka ianya masih menjadi hasrat yang terpendam. Tentang shoutbox pula, dulu memang ada, tapi dah dibuang.

Ini adalah sebahagian dari isi kandungan review yang dibuat. Untuk membaca review penuh dari saudara Sop, jom pakat ramai-ramai klik sini.

Akhir kalam, terima kasih kepada saudara Sop kerana sudi mengreview blog ini. 

BACA JUGA :  JOM UNDI MEREKA: BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010
error: Content is protected !!