Semalam, ketika aku terbaca berita ini diakhbar Kosmo!, hati aku membara. Eeeiiii..geramnya aku kat penganjur Sukan Asia ke-16 ni. Apa pasal lah aniaya pasukan  Malaysia?. Sudahnya, kita terlepas 2 pingat emas begitu sahaja. Huh! Bukan sikit tu. Jom baca petikan dari Kosmo!.
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak menerusi Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Dinghy Optimist lelaki) dan pasangan Khairunnisa Mohd. Affendy-Norashikin Mohamad Sayed (Double Handed Dinghy 420 wanita) gara-gara taktik kotor China yang ‘menekan’ juri supaya tidak menerima bantahan daripada tujuh negara lain berikutan kesalahan yang dilakukan pelayar tuan rumah.
Menurut pengurus skuad pelayaran negara, Mohd. Affendy Abdullah, dalam dua acara tersebut, pelayar China didakwa menghalang laluan perahu pelayar negara dan menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap, sekali gus melanggar peraturan pertandingan antarabangsa.
“Oleh kerana tiupan angin tidak terlalu kuat, maka pelayar China telah menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap. Malah ada suatu ketika, mereka juga telah menghalang perahu pelayar kita, jadi mereka melakukan dua kesalahan dalam perlumbaan. Kesalahan ini amat jelas sekali, ada tujuh negara termasuk kita telah mengemukakan bantahan, jadi ini bermakna bukan Malaysia saja yang sedar tentang taktik kotor China. Tetapi saya tidak tahu mengapa juri menolak bantahan yang dikemukakan itu. Jelas sekali China menghasut juri-juri dan memberi tekanan ke atas mereka supaya tidak menerima bantahan tersebut,” kata Affendy.

Haish! Macam-macam yang berlaku terhadap pasukan kita di Guangzhou kali ini. Kesian atlit-atlit kita, setelah berhempas pulas dan cuba yang terbaik, ada pula yang menekan mereka.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  LIVESTREAMING MALAYSIA VS TAIWAN 3 JULAI (TAIWAN)
error: Content is protected !!