Satu perlawanan yang menarik antara pasangan beregu Malaysia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong menentang pasangan beregu Indonesia Ahsan dengan Chandra. Sepanjang perlawanan, Indonesia banyak mengasak Malaysia dengan mengadakan rally yang panjang.
Pada game pertama, Malaysia menewaskan pasangan Indonesia (21-19) dalam tempoh 12 minit sahaja. Game ke-2 menyaksikan beberapa rally yang lebih panjang. Namun, pasangan regu Malaysia dapat bertahan dan tidak banyak melakukan kesilapan. Akhirnya, pasangan Malaysia bejaya menempah tiket ke peringkat akhir, setelah mengecewakan pasangan Indonesia 21-16. Masa yang diambil oleh Kien Kiat dan Boon Heong untuk mengecewakan Ahsan dan Chandra hanyalah 30 minit sahaja.
Tahniah! Kien Kiat dan Boon Heong. Cayalah! Kemenangan mereka ini akan menjadi penyuntik semangat kepada Dato’ Lee Chong Wei yang akan bertemu Chen Ji esok.
Yeah! Malaysia boleh!
Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
malaysia boleh !!!!
koo kien kiat la bkn tan.. hehe
pape pon,,mesia boleh..
@Uruchimaru: Yeah, Malaysia memang boleh.
@Fariq: Eh, tak perasan salah. Thanks tegur. Sya betulkan dah.
mmg awk update sntiasa ke??
@Anonym: Sya update setakat yang Sya tengok secara langsung. Kalau tak tengok live tu, lambat sikit updatenya.
kecewa dgn kekalahan beregu malaysia yg tewas kpd pasukan indonesia di peringkat akhir malam td.. tp tetap berbangga dgn permainan yg ditunjukkan oleh kedua2 pemain 😀 opie kacak…
@opie kacak: kedua-dua mereka memang dah melakukan yang terbaik. kalau kita kecewa, mereka berkali ganda kecewa dari kita. Kalau mereka tak terror, takkan sampai 5 kali mata kemenangan.