Baru sahaja berakhir perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Boonsak Ponsana di peringkat suku akhir. Chong Wei berjaya menundukkan Boonsak, 21-13 dan 21-17. Dengan ini, Lee Chong Wei berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Sabtu lalu, Boonsak telah mengecewakan Lee Chong Wei dalam acara berpasukan lelaki (21-9, 10-21, 19-21). Hari ini, Chong Wei dapat menebus kekalahan tersebut.
Esok, Chong Wei akan bertemu dengan sama ada China (Chen Jin) atau Chinese Taipei (Chou Tien Chen). Perlawanan antara China dan Chinese Taipei akan berlangsung pada jam12 tengah hari nanti.
Terkini (10.36 pagi): Park Sung Hwan berjaya menewaskan Taufik Hidayat (21-15, 21-16). Adakah Sung Hwan akan bertemu Lin Dan di peringkat separuh akhir?
Terkini (1.30 petang): Chen Jin telah menewaskan Chou Tien Chen (21-19, 21-14). Dengan kemenangan ini, Chong Wei akan bertemu Chen Jin esok, jam 7.30 malam.
Tahniah LCW! Berjaya gak tebus kekalahan masa acara berpasukan hari tu. 🙂
@Oktant: tu lah…macam tak dapat tentangan sangat dari Boonsak masa game ni.
yaah go choong wei go!! you're rocks!!
@Fitrihadi: Chong Wei memang rocks! Hehe
yg penting menang,…mampukah lcw menewaskan lin dan sekiranya mereka bertemu dalam penentuan pingat emas
good………………..yahoo