Kuartet negara telah pun bertanding dalam acara akhir 4x100m lari berganti-ganti petang tadi. Keputusannya, Malaysia menduduki tempat ke-6 dengan catatan masa 45.54 saat. Acara ini diwakili oleh Siti Zubaidah, Norjannah, Nurul Sarah dan Yee Yi Ling.
Emas dimenangi Thailand (44.09s), China memenangi Perak dengan catatan masa 44.22s. Manakala, pingat gangsa dimenangi Jepun, 44.42.
p/s: Walaupun mereka di tempat ke-6 dan gagal merealisasikan impian mereka untuk memecahkan rekod kebangsaan, namun, kelayakan mereka ke final adalah sesuatu yang membanggakan untuk skuad olahraga negara, kerana amat jarang sekali atlit wanita kita menonjol dalam arena olahraga.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
tahniah buat Malaysia…harap2 dpt emas la plak