Sejak awal perlawanan, Pakistan lebih banyak mengawal perlawanan. Selepas gagal dalam beberapa percubaan, akhirnya Pakistan menjaringkan gol pertama melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-24 separuh masa pertama.
3 minit sebelum memasuki separuh masa ke-2, Pakistan menambah 1 lagi gol melalui lantunan semula bola yang telah diselamatkan oleh S.Kumar.
Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan 3 gol pada separuh masa ke-2 melalui 3 pukulan sudut penalti, namun ketiga-tiga peluang ini tidak berjaya menghasilkan gol. Pasukan Malaysia kelihatan sedikit tertekan dalam perlawanan ini sehingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.