Dr Zulkefli (PAS) dan Abdul Aziz (BN) berjabat tangan
Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas, Wan Mustapha Wan Ab Hamid mengumumkan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas. Abdul Aziz mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Dengan ini, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190.
Pengumuman itu dibuat di tempat penjumlahan undi di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam ini. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept akibat barah usus.
DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Abdul Aziz Yusoff berjanji akan cuba menyelesaikan masalah rakyat dikawasannya terutama isu pembangunan dan merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu memajukan rakyat di Galas setelah mereka memberikan mandat yang tinggi.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat Galas kerana memberikan kepercayaan kepada saya dengan begitu banyak dan menaruh keyakinan kepada saya sebagai “orang baru” dalam DUN,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas di sini malam ini.
Wan Mustapha menyifatkan kemenangan Aziz sebagai bukti keyakinan rakyat yang jelas diterjemahkan melalui jumlah undi terutama masyarakat Melayu, kaum Cina, India dan orang Asli yang mahukan pembangunan yang lebih baik daripada BN.
Sumber asal: myMetro
Jom baca entri ni pun best juga:
DOWNLOAD ONLINE BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA - BR1M)
MAYAT WANITA DALAM BEG PAKAIAN, MUNGKIN PEMBANTU RUMAH?
TEMPOH SAH LAKU TEBUS BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) DILANJUTKAN
BUDAK UMUR 10 TAHUN LAHIRKAN BAYI: BAPA JUGA SEORANG BUDAK
LETUSAN MERAPI PALING DAHSYAT: PELAJAR MALAYSIA DIPINDAHKAN
KEDUDUKAN TERKINI SUKAN KOMANWEL 2010: HARI KE-5
alhamdullilah bn menang.diharap apa yang dijanjikan ditepati
@Mohamednajib: Moga2 begitulah