Pertembungan antara Malaysia dan pasukan tuan rumah telah berakhir. Skuad Malaysia tewas 3-0. Walaupun Malaysia tewas di tangan China, dan menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan A, namun Malaysia masih layak mara ke peringkat ke-2 setelah Palestine dan Jordan masing-masing tewas 3-0 di tangan Korea Selatan dan Korea Utara malam tadi. Ini sudah semestinya menjadi berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kali terakhir Malaysia memasuki peringkat ke-2 pada tahun 1978, di Bangkok.
Pada perlawanan menentang China malam tadi, Malaysia menamatkan perlawanan dengan hanya 8 orang pemain setelah Mahalli Jasuli mendapat 2 kad kuning dan secara automatiknya mendapat kad merah pada minit ke 24. Kapten pasukan, Safiq Rahim turut dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. Kad merah ketiga dilayangkan kepada S. Kunalan pula pada minit ke 81.
Psssttt: Dibelasah 3-0 dengan hanya 8 orang pemain bukanlah 1 rekod yang teruk jika dibandingkan dengan kali terakhir Malaysia melangkah ke pusingan kedua pada Sukan Asia 1978 Bangkok dan skuad negara dibelasah China 7-1. Bukan sahaja pemain berasa tertekan sepanjang perlawanan ni, malah penonton juga merasa tertekan. Tekanan demi tekanan dirasai apabila seorang demi seorang pemain negara dilayangkan kad merah!. Memang boleh masuk football world of record ni. Adeh! Apapun, untuk skuad Malaysia,
GO! GO! MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH!
Aku nak bagi 10 bintang kepada semua pemain Malaysia untuk perlawanan kali ni. Kepada pengadil pula, berapa bintang ek boleh bagi?
setuju! thniah malaysia! boleh mng act tadi,tp pgadil yg merosakkan pmainan…huhuu
masalahnya lepas ni camne.. Dah ramai pemain dapat kad merah ni.. dah le star2 cedera. pening kepala Rajagopal ni.. harap2 dapat melangkah dengan jayanya
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!
pengadil tu dh kena byr…sbb 2 la cm lahanat…tp apapun satu pujian pd skuad msia sbb berjaya bg tentangan walaupun hanya 8 org…negara penganjur ni byk buat taktik kotor…
bodoh giler pengadil………
Stupid refereeing.. ada ke first minute bagi yellow card utk tackle biasa je… hadoi.. Go Malaysia!
kite leh wt, mcm ne leh jadi pengadil die 2
Pengadil tu tak layak…nie la seteruk2 pengadil yg pernah aku tengok…Dalam EPL, Worl Cup, La Liga, Seria A, tak pernah ade pengadil mcm nih…Tak kisah lah mana2 pasukan pun menang, tapi biar la logik sikit bila nk tiup wisel n layang kad…Aku geram ref. tu…geram je nk rendam kepala dia dalam kolam…SABAR jer la…Ape2 hal, syabas skuad Malaysia untuk pusingan ke-2…
pengadil tu patut mengadili prlawann kanak2 umo enam tahun je
pengadil Fifa plak tu dikhabarkan ben wiliam tuh….. adoi3…
biler pusingan ke-2 nak start???
@Sweetie Fafie: Tu la pasal, sian skuad negara kita kan.
@Zool: memang Rajagopal tengah pening kepala.
@Uruchimaru: Malaysia memang boleh!
@Anonym: Memang pujian harus diberikan kepada skuad negara.
@Anonym: Tu lah pasal. Hampeh tul.
@Madner: Macam ada yang tak kena je kan dengan si Ben tu.
@d: Seluruh rakyat Malaysia geram dengan ref tu. Kalau dia kat Malaysiaagaknya, beramai-ramai orang debik dia.
@Anonym: Haha..
@Anonym: Adoi…apalah dia tu
@Anonym: Isnin petang.