Perlawanan skuasy peringkat akhir, Nicol David lawan Hong Kong (Annie Au Chin) telah bermula jam 4 petang tadi. Seperti biasa, corak permainan ratu skuasy negara ini memang rileks dan cool je. Nicol menang set pertama, 11-8.
Set ke-2 menyaksikan Chi Annie mendahului sekejap, 7-4, namun kedudukan ini tak lama kerana Nicol berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan 7-7. Namun, akhirnya, Chi Annie dapat memintas Nicol dan seterusnya memenangi set ke-2, 11-8.
Set ke-3, Nicol menang besar, 11-6. Mata kemenangan diperolehi Nicol melalui drop.
Set ke-4, Annie mengutip mata pertama. Pada set ini perlawanan agak sengit. Kedudukan mata sentisa berkejar-kejar. Annie perlu memenangi set ini untuk mengheret Nicol ke set penentuan, set ke-5. Nicol mendahului 7-5. 9-7, Dan akhirnya, emas ke-4 untuk Malaysia tepat jam 4.40 petang, setelah Nicol menewaskan Annie 11-7.
Tahniah Nicol!. Seperti yang dijangkakan dari Ratu Skuasy dunia. Selepas ini, jam 5 petang, Azlan Iskandar akan menentang Pakistan, Aamir Atlas Khan.
p/s: Masam muka si Annie Au setelah tewas di tangan Nicol.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
nicol boleh menang!
yakin bleh!^^
@Me: Nicol memang hebat. Maintain emas.