Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung. Beliau dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.
“Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya. Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital,” ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Sumber: Kosmo!

Psssttt: Zaman sekarang ni orang meninggal begitu je. Tak terlantar sakit di katil dalam tempoh yang lama. Sekelip mata, nyawa dah dicabut Izrail.

BACA JUGA :  FAIZAL YUSOF (PELAKON DAN BEKAS SUAMI SITI NORDIANA) MENINGGAL DUNIA
error: Content is protected !!