4×100 meter wanita:

KUARTET 4×100 meter wanita negara (Siti Zubaidah Adabi, Nor Jannah Hafizah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir) mara ke final Sukan Asia 2010 setelah menduduki tempat keempat pada saingan separuh akhir di Stadium Utama Aoti malam semalam. Mereka hampir memecahkan rekod kebangsaan (45.37 saat) yang dicatat oleh Anita Ali, G. Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Dr. Mumtaz Jaafar pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpu, apabila kuartet muda ini berjaya mencatat 45.50 saat.
Mereka akan berentap di final menentang kuartet dari Thailand, Vietnam, India, Hong Kong, Jepun, China dan Sri Lanka, Jumaat nanti.

400M Lari Berpagar Wanita
Noraseela Khalid berjaya ke final, esok, setelah mendapat tempat ke-4 dalam acara saringan pagi tadi, dengan catatan masa 58.16 saat.

Lompat Bergalah Wanita
Sementara itu, Roslinda Samsu yang beraksi dalam final lompat bergalah wanita, tidak mendapat sebarang pingat, sekadar menduduki tempat ke-5.
p/s: Tahniah kepada semua atlit olahraga wanita di atas prestasi yang ditunjukkan. Layak ke final juga sudah merupakan 1 pencapaian yang baik untuk skuad olahraga wanita kebangsaan. Good luck kepada kuartet negara dan Noraseela!. Semoga berjaya menambah koleksi pingat emas negara.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  LEE CHONG WEI JUARA BADMINTON TERBUKA MALAYSIA SUPER SIRI 2011
error: Content is protected !!