Perlawanan bola sepak peringkat kumpulan B antara Malaysia dan Laos sudah berakhir. Keputusan telah diketahui. Agak mengecewakan dan menyedihkan. Malaysia ditewaskan 1-0. Huhu…Sedey..Laos dapat menjaringkan gol tunggal pada babak pertama, minit ke-39 oleh Sangvone Phimmasen.
2 orang pemain Malaysia dilayangkan kad merah pada perlawanan ini. Mohd Aizat menerima kad merah pada minit ke-82, manakala Fahrul Razi pada minit ke- 90.
2 kad kuning pula dilayangkan kepada Malaysia: Amiridzwan (23′) dan Mohamad Faid (45′). Manakala sebanyak 4 kad kuning dilayangkan kepada Laos.
Nampak-nampaknya, perlawanan ini meriah dengan yellow card dan red card. Hehe…
Dengan ini, Malaysia sekadar terkandas di peringkat kumpulan dan tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya. =(
Malam ni, sokong skuad bola sepak Malaysia lawan Vietnam peringkat separuh akhir untuk Piala Suzuki AFF 2010 pula. Perlawanan bermula jam 8 malam. Biasanya ada live kat TV1.
Come on Malaysia! Malaysia boleh!.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
Jom baca entri ni pun best juga:
KEDUDUKAN KUTIPAN PINGAT TERKINI MALAYSIA: SUKAN UNIVERSITI ASIA 2010 CHIANG MAI
KEDUDUKAN PINGAT TERKINI SUKAN ASIA 2010
KEPUTUSAN MALAYSIA VS SYRIA KELAYAKAN OLIMPIK 2012
Pengajaran Keputusan Malaysia vs Vietnam Aff Suzuki Cup 2014 Semi Final 12 Dec
SINGAPURA MARA| MALAYSIA 4: 6 SINGAPORE
KEPUTUSAN BOLA SEPAK MALAYSIA LAWAN INDONESIA PIALA SUZUKI AFF 2010