Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Sukan Universiti Asia (AUG) ke-15 di Chiang Mai, Thailand. Pasukan Malaysia telah memulakan hari pertama Sukan Universiti Asia ini dengan bergaya setelah skuad bola sepak negara berjaya menewaskan pasukan Singapura, 2 gol berbalas 1, dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B.
Separuh masa pertama:
Kapten pasukan Malaysia, Fahrul Razi menjaringkan gol pertama pada minit ke-19.
Gol penyamaan oleh penyerang Singapura pada minit ke-34.
Separuh masa ke-2:
Fahrul Razi (atau lebih dikenali sebagai Sinchan) sekali lagi menjadi hero Malaysia apabila berjaya menyumbat gol ke-2 untuk Malaysia pada minit ke-59 melalui ‘cross-kick’ dari luar kotak penalti.
Sepanjang perlawanan, Malaysia kerugian beberapa peluang untuk menjaringkan gol kerana penyudahan yang tidak kemas.
Kumpulan B
Malaysia
Singapura
Singapura
Myanmar
Laos
Kumpulan A
Thailand
Vietnam
Brunei
Keputusan perlawanan lain:
Laos vs Myanmar ==> 2-1
Thailand vs Vietnam ==> 5-1
~Bernama
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.