Aku rasa ramai yang sudah tahu mengenai Acara Blog Pilihan Malaysia 2010 (BPM), hasil idea kreatif Azman Roslan. Terbaru ni, Azman ada buka untuk kategori Blogger baru yang usia blognya lebih kurang setahun je. Semasa mengetahui tentang Blog Baru Pilihan (2010) ni, aku amat teruja untuk menyertainya memandangkan blog ni memang cukup syaratnya, baru je berusia 11 bulan.
Tapi, apakan dayaku, sifat suka menangguhkan kerja menyebabkan aku terlupa untuk membuat entri dan akhirnya terlepas tarikh tutupnya. Tapi, peluang masih terbuka kepada aku untuk tersenarai dalam acara BPM ni, andai aku terpilih sebagai 10 orang pemenang untuk ‘Contest Mudah Blog Pilihan Malaysia’ ini.
Pada hemat aku, Blog Pilihan Malaysia perlu dikekalkan kerana…
1. Dapat mengetahui blog yang disukai ramai
Memandangkan BPM ini menggunakan sistem undian ramai, maka para blogger diberi kebebasan untuk mengundi blog mana yang disukai. Ini bermakna, blog yang menang adalah blog yang mendapat tempat di hati para blogger. Dengan ini, para blogger boleh mengetahui ciri-ciri blog yang ramai orang suka.
2.  Dapat mengenali blog baru
Bukan semua blog yang tercalon kita dah kenal. Jadi, pencalonan ini akan membuatkan kita berkenalan dengan blog lain, yang mungkin kita tak pernah tahu pun tentang kewujudannya sebelum ini.
3. Memeriahkan dunia blog
Aku lihat, acara BPM ini berjaya memeriahkan lagi dunia blog yang sedia meriah ini. Mana tak meriahnya, kalau blogger-blogger merebut peluang yang ada untuk mempromosikan blog kesayangan masing-masing. Bukan setakat dapat promote blog sendiri, malah boleh juga promote blog yang disukai.   
4. Penghargaan pada tuan punya blog
Aku percaya, setiap blog yang wujud adalah hasil usaha tuan punya blog tersebut. Walaupun ada blog yang terbiar bersawang sana-sini, tapi, kini, blog sudah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kebanyakan blog di Malaysia ini masih dijaga rapi oleh tuannya. Maka, kewujudan BPM mampu memberikan penghargaan kepada tuan punya blog atas usaha yang telah dicurahkan. Iyalah, kan. Kalau dah blog menjadi pilihan ramai, secara tak langsung, tuan punya blog akan rasa dihargai dan hasil usahanya berbaloi-baloi.
5. Pupuk nilai murni di kalangan blogger
Nilai murni yang aku maksudkan di sini ialah sifat tolong-menolong antara blogger. Yeah! Kalau diri tak tersenarai, tapi boleh tolong undi untuk blogger lain.  
6. Melahirkan blogger yang kreatif
Blogger yang tercalon digalakkan untuk mempromosikan blog untuk meraih undi dan promosi yang dijalankan memerlukan daya kreativiti masing-masing.
7. Berusaha untuk menghasilkan yang terbaik

Anugerah yang disenaraikan akan menyebabkan blogger mencuba untuk menghasilkan blog yang terbaik. Sama lah macam anugerah pelakon terbaik atau anugerah lagu terbaik untuk para artis. Anugerah-anugerah macam ni akan menyebabkan kita cuba untuk melakukan yang terbaik dan maintain baik.
8. Blog dapat dikenali ramai
Blog-blog yang tersenarai akan mudah dikenali ramai.
9. Eratkan silaturrahin antara blogger
Sepanjang acara ini, pastinya akan berlaku interaksi antara 1 sama lain dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik di kalangan blogger.
10. Aku boleh jadi top blogger
Haha..yang ni angan-angan aku je lah.. =D BPM ini boleh dijadikan sebagai platform untuk seseorang blogger menjadi glamour dan top, meletop!. Hehe…
Sekian sahaja 10 sebab mengapa BPM perlu dikekalkan dan menjadi acara tahunan….


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT
error: Content is protected !!