Semalam, diperingkat separuh akhir, Chong Wei mengetepikan pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan mudah: 21-14, 21-17 di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong. Kemenangan ini menjadikan Chong Wei berjaya mara ke peringkat akhir dan akan bertemu jaguh sensasi Indonesia, Taufik Hidayat (juara Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece). Taufik pula berjaya menewaskan Chen Long (China): 15-21, 21-11, 21-19 pada satu lagi pertemuan separuh akhir semalam.
Berdasarkan rekod pertemuan antara Chong Wei dengan Taufik, Chong Wei berjaya menundukkan Taufik dalam 15 perlawanan. Namun, pertemuan terakhir ternyata tidak memihak kepada Chong Wei apabila dia tewas di tangan Taufik pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Perancis, Ogos lalu.
Kini, Chong Wei sudah bersedia untuk bertemu dengan Taufik Hidayat.
Sumber: Kosmo!
Pssttt: Moga-moga Chong Wei menang. Jia yo! Chong Wei!.
UPDATE TERKINI: KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL CHONG WEI VS TAUFIK HIDAYAT
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
Jom baca entri ni pun best juga:
ARSENAL KALAHKAN MANCHESTER UNITED 1-0: LIGA PERDANA INGGERIS (EPL 2010/2011)
LE TOUR DE LANGKAWI KE-16 (LTdL 2011) BERMULA ESOK: HADIAH WANG TUNAI HAMPIR RM 1 JUTA DITAWARKAN
KEPUTUSAN HARIMAU MUDA B VS USM FC (LIGA PERDANA 2011)
MALAYSIA 2-1 TAIWAN KELAYAKAN DUNIA 2014 (1ST LEG BUKIT JALIL)
BOLA TAMPAR PANTAI (W) SEPARUH AKHIR SUKAN ASIA 2010 MALAYSIA LAWAN CHINA
Pengajaran Keputusan Malaysia vs Vietnam Aff Suzuki Cup 2014 Semi Final 12 Dec