Ya Allah, hari ini dugaan betul untuk aku. Semalam aku Monday Blues, tak boleh nak buat kerja. Tak naik syeikh la. Lebih-lebih lagi bila dengar berita konfirm company nak buat anual leave clearance selama seminggu. Huhu..aku sebenarnya simpan anual leave tu untuk gi Sabah bulan 3 nanti sebab akak aku kahwin dengan orang sana. Tak pasal-pasal, cuti aku tak cukup nanti. Huhu…Fikiran aku dah mula memikirkan apa nak buat dalam tempoh seminggu tu. Lama tu. Total 9 hari. Monday blues semalam berlarutan sehingga ke Tuesday Blues hari ini. Malah, hari ini lebih dahsyat dari semalam. Dush!.
Kat tempat kerja tadi, boss aku panggil suruh jumpa dia kat opis dia. Pelik juga aku, sebab sejak laptopnya kena curi, dia tumpang guna PC kat opis aku. Tapi tak pelah, dah dia panggil, aku pergi je. Rupa-rupanya dia nak bincang hal top secret dengan aku. Mengenai apa yang akan berlaku pada company pada masa akan datang. Dush! Sebelum-sebelum ni memang aku dah agak dah, lepas anual leave clearance ni, mesti ada retrenchment (pembuangan pekerja).
Jadi, boss aku panggil aku, dan tanya aku, siapa di antara anak buah aku yang aku nak calonkan untuk dibuang. Aku dengan selamber badak nya, menjawab: “I. You put my name”. Boss geleng kepala dan jawab: “No. You cannot”. Cis! Aku memang dah lama nak keluar dari company ni. Hati aku dah lama takde kat company ni sejak pertengahan tahun lalu. Malah, sejak 2 bulan ni, bukan setakat takde hati, malah dah ‘minus’ dah. Jadi, aku rasa memang aku berbesar hati lah untuk menerima retrenchment ni. Sebelum ni pun aku dah ada pengalaman kena retrench, agak best juga sebab dapat duit 3 bulan gaji. Kan best tu!. Tapi apa kan daya, boss takkan approve permohonan aku. Huhu…  So, dipendekkan cerita, aku dan boss berbincang untuk letak nama siapa nanti. Mungkin seorang atau 2 orang budak aku yang akan mengucapkan selamat tinggal.
Masa depan company ni?. Huhu..toksah cakap lah, aku dah tahu dah, bila dia akan berkubur. Aku memang kena bersiap sedia. Sediakan payung sebelum hujan lebat turun.
OK, tu kisah aku di opis. Sekarang kisah sekembalinya aku ke rumah sewaku. Balik dari kerja je, tak sempat nak masuk ke bilik pun, housemate aku bagitau aku, salah seorang dari housemate aku nak pindah. Dush!. Sebenarnya, kami memang dah suffer selama 4 bulan ni, setelah 3 orang housemate aku keluar serentak (ahli rumah ada 7 orang). Lepas diorang keluar, dah lah sewa rumah RM650 terpaksa di bahagi 4 je (tak termasuk api air), pula tu kena bayar duit deposit kepada orang yang keluar tu. Bayangkanlah, dah lah time tu diorang keluar dekat-dekat nak puasa. Dengan nak raya lagi. Hadoyai!.  
Lepas diorang keluar, kami tak berjaya mencari housemate baru. Jadinya, sewa rumah pun melambung lah. Housemate aku yang sorang tu pula, memanjang je guna duit rumah sewa ke tempat lain. Menjadikan hampir tiap bulan, ahli rumah yang lain, terpaksa bayarkan dia dulu duit rumah! Sakit hati betul! Dah penat cakap, dapat gaji je, terus ketepikan duit sewa rumah, tapi diusiknya duit tu. Bila minta duit sewa umah, mulalah buat muka seposen cerita kisah sedih dia tu. Grrr…geramnya aku, ingat kau je ke yang susah? Kitorang ni kaya raya ke? Susah ler orang fikir diri sendiri je ni!. Tuan rumah dah nak datang minta duit.
So, 1 orang ni keluar, sebab dah tak tahan nak tanggung kos rumah ni + nak kena tanggung ‘mangkuk’ sekor ni lagi. Hamik kau! First time aku cakap orang ‘mangkuk’!. Sejak dia masuk ruamh ni, duit aku pun asyik short je. Hutang aku pun dia tak bayar-bayar lagi. Boleh pula buat macam takde apa-apa. Padahal tiap-tiap hari tengok muka aku ni! Heeeeeeeeee….. Geram der!. Mintakler seribu kali pun, jawapan dia senang jer “dah takde duit, macam mana nak bayar?”.
Dipendekkan cerita, memang tak sanggup ler nak tanggung kos rumah ni 3 orang je. Si mangkuk tu pun nak pindah jugak. Ye lah, duduk berempat pun asyik dia tak leh bayar sewa rumah ontime, lagi kan bertiga. Aku pun tak sanggup nak tanggung dia. So, aku kini sedang usyar bilik untuk di sewa yang ada di area berdekatan. Nak kena dapatkan rumah cepat, sebab hanya ada masa 2 minggu ni je, kena keluar dari rumah ni, kalau tak, lagi suffer aku.
Dah surf tadi, dapatlah beberapa rumah. Kenalah call orang yang buat iklan tu. Tapi, disebabkan aku kehabisan kredit, maka aku top up lah online guna Maybank2u. Konon-konon ambil yang instant top up tu lah, senang sebab aku malas nak masukkan no pin, tahu-tahu dari sejam tadi sampai sekarang, kreditnya tak masuk-masuk, padahal duit kat bank dah kena tolak dah. Sebelum ni, aku top up online,  OK je, on the spot kredit masuk.    Grrrrr…apa hal lah dengan hidupku hari ini? Serabut dah kepala ni.
Huhu…dah ler kete aku tu dok berbunyi-bunyi, tah apa lah yang tak kena. Dush! Semuanya duit!. Saat ini, aku mengharapkan ketenangan. Ketenangan yang abadi. Allah, kuatkanlah semangat ku!.  


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  MUDAH KE BUAT MASTER PENYELIDIKAN?
error: Content is protected !!