Pihak lawan Malaysia untuk Final AFF Suzuki Cup 2010 telah pun diketahui malam tadi, setelah perlawanan di antara Indonesia dan Filipina berakhir. Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Indonesia, 1-0 hasil jaringan Gonzales pada babak pertama.
Dengan ini, sekali lagi Malaysia akan lawan Indonesia pada Piala Suzuki AFF 2010 ni. Berikut adalah jadual perlawanan peringkat akhir:
Final 1: (Malaysia)
Tarikh: 26 Disember, 2010.
Hari: Ahad
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 8 malam
Final 2: (Indonesia)
Tarikh: 29 Disember, 2010.
Hari: Rabu
Tempat: Stadium Gelora Bung Karno
Masa: 8 malam
Harap sangat Malaysia dapat menang kali ni. Sama-sama kita doakan kejayaan skuad kebangsaan kita. Indonesia bukan calang-calang lawan. Indonesia menang dalam semua perlawanan sepanjang Suzuki Cup 2010 ni.
p/s: Pastinya perlawanan final ini akan lebih mendebarkan berbanding perlawanan bertemu Vietnam di separuh akhir.
HARGA TIKET, MASA DAN TEMPAT JUALAN FINAL INDONESIA VS MALAYSIA (BUKIT JALIL)
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
aku kurang yakin la! serius.
berapa harga tiket tuk perlawanan akhir nanti?
@Anonym: Tu lah. Indo rekod tanpa kalah tu. Gonzales tu aset diorang
@Anonym: Harga tiket Rabu baru tahu, lepas FAM bermesyuarat.
bila start tiket jual?
Team yg kalah tu taktikal jer..strategi luar padang pun perlu dlm boasepak sekarang..cuba tgk senarai pemain yg main game tu dgn yg main semua game selepas tu…
bile start jual tiket??bape harge???kat mane lagi ad jual selain bukit jalil???
please sape ad info…
bile start jual n dekat mane jual ? kelana jaya lagi ke ?
bila start jual tiket tok game akhir.?
@Anonym: Tiket start dijual mulai Khamis, 23 Disember. Boleh rujuk entri 'Harga Tiket, Tempat Jual dan Masa Jualan'.