Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong ke-52 antara Johor dan Perak baru sahaja berakhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Bola Keranjang Segamat, Johor menyaksikan kedua-dua pasukan berentap sengit.
Pertemuan yang begitu hebat dan sengit pada Suku 4 memang mencemaskan menyebabkan aku terpaksa control suara untuk menjerit (tak boleh jerit kuat-kuat, mak tidur =D ). Biasalah aku, emo sikit bila tengok perlawanan-perlawanan ni. Lebih-lebih lagi kalau perlawanan tu sengit, dan melibatkan pasukan yang aku sokong dah nak menang, tapi kemenangan tipis je. Suku ke-4 barulah menyaksikan pasukan Johor bangkit setelah ketinggalan. Pasukan Johor berjaya memintas Perak mulai minit ke 6.
Sebagai anak jati Johor, akhirnya saat-saat yang mencemaskan berakhir dengan senyuman. Hehe.. Yeay! Johor menang, 64-61. Perak kalah. Dengan ini, Johor berjaya mara ke peringkat akhir untuk bertemu Melaka yang telah menewaskan Selangor, 93-44.
Pasukan wanita Johor juga berjaya mara ke peringkat akhir dan akan bertemu Selangor. Syabas, Johor!.
HIDUP JOHOR! MAJULAH SUKAN UNTUK JOHOR. =D
p/s: Tapi aku bengang juga lah dengan pemain Johor tadi. Banyak kali dapat lontaran percuma, tapi hanya 1 je berjaya menghasilkan mata. Patutnya, dua-dua lontaran lah score. Perak pula, asal dapat lontaran percuma je, mesti dua-dua lontaran berjaya menghasilkan mata.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
Jom baca entri ni pun best juga:
RM5,000 DITAWARKAN KEPADA SETIAP PEMAIN JIKA MENJUARAI AFF SUZUKI CUP 2010
KEPUTUSAN TERKINI & KEDUDUKAN CARTA LIGA SUPER 2011 (16 APRIL)
JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA VS TAIWAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PUSINGAN PERTAMA
KEPUTUSAN MALAYSIA VS BAHRAIN KELAYAKAN OLIMPIK 2012
JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR LIGA SUPER 2011
KEPUTUSAN MALAYSIA VS SYRIA KELAYAKAN OLIMPIK 2012