Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 kali ini bermula jam 8.30 malam tadi. Skuad bola sepak Malaysia tampak semangat dengan jaringan gol pertama oleh Norsharul Idlan pada minit ke-19. Malaysia kini mendahului Indonesia, 1-0.

Owh, tidak!. Kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-22 hasil jaringan goal sendiri setelah rembatan Gonzales terkena kaki Mohd Asraruddin (pemain Malaysia). Minit ke-34, Gonzalez menjaringkan gol ke-2 untuk Indonesia. Malaysia kini di belakang, 1-2. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Indonesia mendahului.

Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia terus ketinggalan di belakang setelah Muhammad Ridwan menjaringkan gol ke-3 untuk Indonesia. Beberapa serangan dilakukan oleh pemain Malaysia namun tidak berjaya membolosi pertahanan Indonesia. Indonesia terus menyerang dan gol ke-4 berjaya dijaringkan oleh Arif Suyono.

Video perlawanan Malaysia vs Indonesia (semua gol)

Sedihnya…perlawanan berakhir dengan Malaysia tewas 1-5 ditangan Indonesia. Gol ke-5 dijaringkan oleh Irfan.

Malaysia perlu menentang Thailand habis-habisan dan memenangi perlawanan untuk melayakkan ke pusingan seterusnya.  Sabtu ini jam 6 petang, Malaysia lawan Thailand.

Diharapkan agar barisan pertahanan Malaysia dapat beraksi dengan cemerlang pada pertemuan dengan Thailand Sabtu nanti.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KEPUTUSAN MALAYSIA LAWAN VIETNAM AFF SUZUKI CUP 2010: SEPARUH MASA KE-2 (VIETNAM 18 DISEMBER)
error: Content is protected !!