Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand untuk merebut Piala Suzuki AFF 2010 bermula jam 6 petang. Thailand menggunakan strategi permainan 3-5-2. Thailand lebih banyak menyerang.
Kedua-dua pasukan berada dalam keadaan yang terdesak untuk memenangi perlawanan ini kerana Rabu lalu, Thailand hanya seri, 2-2 dengan Laos pada Rabu lalu, manakalan Malaysia tewas dengan Indonesia,1-5. Kemenangan pada perlawanan ini akan membuka ruang kepada pemenang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Separuh masa pertama:

Thailand lebih banyak melakukan serangan. Malaysia lebih menumpukan perhatian pada bahagian pertahanan dengan meletakkan 8 orang pemain di kotak penalti. Namun begitu, Thailand masih dapat melakukan banyak tendangan ke pintu gol, tapi semua serangan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Fahmi. Separuh masa pertama, tiada jaringan gol bagi kedua-dua pasukan.

Separuh masa ke-2:

Malaysia telah mengubah corak perlawan dengan meletakkan hanya 5 orang pemain sebagai pertahanan. Awal perlawanan, Nattaphorn mendapat kad kuning dan Malaysia mendapat tendangan percuma. Safiq melakukan tendangan ke pintu gol, namun sedikit tersasar. Separuh masa ke-2 menyaksikan Malaysia melakukan serangan beberapa kali namun gagal menghasilkan sebarang jaringan. Barisan pertahanan Malaysia pula kelihatan lebih longgar dan sering membuka peluang kepada penyerang Thailand untuk membuat jaringan.

Pada perlawanan kali ini, pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Fahmi kerana berjaya menyelamatkan bola dan menyebabkan tiada gol berjaya dijaringkan oleh Thailand. Norshahrul juga menunjukkan prestasi yang baik melalui beberapa percubaan untuk menjaringkan gol.

Pada minit terakhir ketika masa kecederaan, Malaysia sepatutnya boleh mendapat gol kemenangan melalui hantaran cantik yang telah dilakukan oleh Norshahrul dari sisi pintu gol, tetapi gagal disambut oleh Muhymeen yang berada di depan pintu gol, dan akhirnya bola pergi begitu sahaja ke tepi padang, kawasan kosong dan tiada orang pun sambut bola tu.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan seri, 0-0, dan ini bermakna Malaysia kini hanya mengutip 1 mata, manakala Thailand  sudah 2 mata. Selepas ini, Malaysia perlu menang dengan Laos pada perlawanan 7 haribulan nanti.

Video perlawanan Malaysia vs Thailand

Update terkini: Kedudukan mata Kumpulan A


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KEPUTUSAN TERKINI (LIVE: 1-2) FINAL 2 AFF SUZUKI CUP 2010: MALAYSIA VS INDONESIA DI STADIUM GELORA 29 DISEMBER
error: Content is protected !!