Upadate terkini: LIVE UPDATE PERLAWANAN DI SINI.

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Laos bagi merebut piala Suzuki AFF, 2010 akan berlangsung di Palembang Indonesia bermula jam 7.30 malam nanti (8.30 malam waktu Malaysia). Berdebar juga nak menyaksikan perlawanan ini kerana walau apa juga, Malaysia perlu menang dalam perlawanan ini bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pada masa yang sama di Jakarta, Indonesia akan menentang Thailand. Malaysia mengharapkan agar Indonesia dapat menewaskan Thailand untuk mengelakkan daripada Thailand mendapat 3 mata, kerana buat masa ini, Thailand menduduki tempat ke-2 dalam kumpulan A dengan 2 mata setelah seri dalam perlawanan bertemu Malaysia dan Laos.  
Setakat ini, Indonesia memang telah sah menjadi juara kumpulan A dan sudah pun menempah tempat ke peringkat seterusya (6 mata) setelah menang besar dalam 2 perlawanan menentang Malaysia dan Laos. 
Sementara itu, Singapura dan Filipina berkongsi tempat teratas dalam kumpulan B dengan 4 mata.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KEPUTUSAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS CHINA, SUKAN ASIA 2010: SIAPA MENANG?
error: Content is protected !!