ERTI MUHARRAM
Muharram bermaksud yang diharamkan atau yang dipantangkan. Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini, dilarang berperang atau menumpahan darah. Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam.

1 MUHARRAM SEBAGAI TAHUN BARU HIJRAH

Sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, tahun dihitung bermula baginda diangkat menjadi Rasul (disebut sebagai tahun pertama kerasulan, tahun ke-2 kerasulan dan seterusnya). Ini kerana pada masa itu umat Islam belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut sebagai Tahun Gajah kerana pada masa itu tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan menaiki gajah untuk meruntuhkan Kaabah. Tapi, usaha tentera Abrahah ini digagalkan oleh Allah dengan mengutuskan burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi sehingga tubuh mereka menjadi hancur seperti kayu yang dimakan ulat.
Khalifah Umar ibni Al-Khattab berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. adalah satu peristiwa yang sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam. Beliau beralasan bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad s.a.w, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin Makkah dan ditempat baru, lebih terbuka kesempatan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Tambahan pula,  hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dan Madinah.  
Usul khalifah Umar ini diterima oleh para sahabat pada masa itu, maka ditetapkan 1 Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam (permulaan tahun Hijrah).
Sumber: Rahsia Dan Amalan Bulan Islam

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
BACA JUGA :  70 DOSA-DOSA BESAR (BAHAGIAN 2)
error: Content is protected !!