Memandangkan sekarang ini sedang berlangsung Blog Baru Pilihan Malaysia (BPM), aku yakin ramai blogger baru sekarang giat berusaha untuk mempromosikan blog masing-masing. Aku terlepas untuk join acara ini, tapi aku dapat peluang lain join contest mudah BPM ini. Alhamdulillah, dapat juga menang contest ini sebab tak ramai pesaing. Hehe…
Disebabkan kebosanan semalam masih menular hingga ke hari ini, maka aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk aku tolong rakan follower blog aku ni untuk promote blog mereka. Makanya, hari ni aku nak melawat semua blog follower aku, dan tolong promote blog mereka-mereka yang tercalon dalam Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 ni.
Aku rasa, untuk aku berjalan ke 197 blog follower aku, tak lah sesusah untuk aku melawat ke semua 384 blog yang tersenarai dalam BPM ni. So, edisi berjalan, menerjah dan mempromosi blog mereka akan bermula dan berakhir hari ini. Sebab, hari ni je lah aku ada banyak masa terluang. Esok dah kerja dah.
Sambil-sambil tu, aku dapat lah berkenalan dengan follower-follower aku. =D


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  SEGMEN BILA BLOGGER BERLAKON: SUAI KENAL BLOGGER
error: Content is protected !!