Kringgggggg!!!!!!

Loceng berbunyi menandakan sesi pelajaran akan bermula. Semua murid sudah berada dalam kelas, menanti ketibaan sang guru. Keletak..keletuk..kelatak..keletuk…Semua mata memandang ke arah pintu kelas, tahu yang guru mereka akan muncul dalam masa beberapa saat sahaja lagi kerana bunyi derap kasut tumit tinggi guru sudah didengari.

Selaku guru tingkatan, satu persatu nama murid dipanggil untuk rekod kedatangan.
Guru: “Azman”.

Azman: “Saya cikgu”.
  
Guru: “Rosli”.

Rosli: “Saya”.

Guru: “Adam”.

Murid: “Adam tak datang, cikgu”.

Guru pun mengangkat muka, meninjau seluruh kelas mencari kelibat Adam.
Guru: Mana Adam pergi?. Masuk hari ni, dah 3 hari berturut-turut Adam tak datang.
Murid: Tah tahu, Cikgu.
Guru hanya menggelengkan kepala sambil mencatat sesuatu di rekod kedatangan.
**********
Kring Kring! Kring Kring..
Puan Limah bergegas menuju ke meja sudut yang menempatkan telefon. Gagang telefon diangkat.
Suara di hujung talian: “Hello. Ini Puan Limah, ibu kepada Adam ke?”.

Puan Limah: “Hello, ya saya. Siapa di sana?”.

Suara di hujung talian: “Saya Cikgu Laila. Guru tingkatan Adam”.

Puan Limah: “Ya cikgu, ada apa?”.

Cikgu Laila: “Saya nak bertanya puan, Adam ada di rumah ke sekarang ni?”.

Puan Limah: “Takde, dia ke sekolah lah cikgu”.

Cikgu Laila: “Puan Limah, untuk pengetahuan puan, Adam dah 3 hari tak datang ke sekolah”.

Puan Limah: “Hah! Betul ke ni, cikgu?”.

Cikgu Laila: “Iya, betul. Saya dah bertanya pada rakan-rakannya, tapi tiada siapa pun tahu di mana dia berada”.

Puan Limah rasa bingung dan rasa macam tak percaya. Tapi, dalam hati Puan Limah, berteka-teki ke manakah anak lelaki nya pergi?. Disangkanya pergi ke sekolah. Rupanya melencong entah ke mana. Sifat ingin tahu Puan Limah benar-benar tinggi. Sepantas kilat Puan Limah bersiap-siap dan melangkah ke luar rumah, hasrat hati ingin menjejaki anak lelaki kesayangannya.
******
Setelah bertanya pada orang sana-sini, akhirnya Puan Limah tiba di sebuah Cyber Cafe yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Puan Limah menjengukkan kepalanya di pintu. Dari kejauhan, dia dapat melihat susuk tubuh anak lelakinya. Menyirap darah Puan Limah, geram dengan perilaku Adam kerana menipunya. Pagi-pagi keluar rumah dengan uniform sekolah, tapi tidak ke sekolah, sebaliknya ke Cyber Cafe. Baju pun dah bertukar. Sakit hati si ibu bukan kepalang. 
Dengan langkah yang sepantas kilat, Puan Limah menuju ke arah Adam dan memiat telinga Adam sekuat hatinya. Adam terperanjat dan mengerang kesakitan. Mak Limah melepaskan amarahnya, sambil matanya sempat melihat skrin komputer di hadapan Adam. 

Puan Limah mengklik halaman lain yang ada di skrin komputer untuk mengetahui laman lain yang dilawati Adam. Sebelah tangannya masih tidak lepas dari telinga Adam. Sakit betul hatinya dengan perangai Adam.

Puan Limah: “Oooo, ini kerja kau, ya!. Bukannya kau pergi sekolah. Kau melepak kat CC, ya!”.

Adam: “Alah, mak, web ni best, memang gempaq. Adam suka baca”.

BACA JUGA :  CERITAMAMAT BLOG HEBAT BLOGGER TOP
Puan Limah tak dapat menahan geram kerana merasakan dirinya ditipu hidup-hidup lalu memiat lagi sebelah telinga Adam sekuat hati sebelum menarik tangan Adam keluar dari Cyber Cafe tersebut.
Adam: “Eh, mak, mak, nanti dulu”.

Puan Limah: “Apasal?. Nak penampar?”.

Adam: “Tak bayar lagi”… (sambil jaring ditunjukkan ke arah kaunter)

******
 Cerpen di atas adalah untuk contest:
“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org


Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!