Malaysia berjaya memungut pingat emas pertama di Sukan Asia Pantai ke-2 Muscat, yang diadakan di Oman malam kelmarin melalui Juara Mr. Universe enam kali, Sazali Abdul Samad dalam acara bina badan kategori lightweight 70 kg, malam kelmarin.
Aksi Sazali yang penuh berkeyakinan ketika melakukan persembahan gaya bebas dengan latar belakang muzik yang menggabungkan tema filem Robocop dengan runut bunyi filem klasik lakonan Arnold Schwarzenegger, Conan the Barbarian mendapat tepukan gemuruh dari penonton, sekaligus memberikan kemenangan kepada Sazali.
Sazali, yang juga merupakan anggota polis berpangkat sarjan mejar berusia 43 tahun telah menjuarai banyak pertandingan. Antaranya:
  • Mr. Universe (6 kali) : 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.
  • Mr. Asia (7 kali) : 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010
  • Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2 kali) : 2009 dan tahun ini.

Pingat perak pula dimenangi Nguyen Hai Au (Vietnam)  manakala Somsri Turimthaisong (Thailand) meraih gangsa.

Sumber rujukan: Kosmo!


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  LIVE STREAMING MALAYSIA VS LIVERPOOL 16 JULAI 2011
error: Content is protected !!