Terbaca di mStar yang menyatakan bahawa kira-kira 3,000 tiket berharga RM50 untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 yang akan berlangsung di Bukit Jalil Ahad ini telah pun habis dijual pagi hari pertama kaunter jualan di buka (pagi Khamis) dek kerana para penyokong Malaysia dan Indonesia dah mula menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tiket, sedangkan kaunter mula di buka jam 10 pagi.
Penyokong-penyokong Malaysia  berasa tidak puas hati kerana terdapat penyokong Indonesia turut mendapatkan tiket yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia di Stadium Nasional. Jom dengar keluhan penyokong Malaysia mengenai perkara ini.
Mohd Azlan Abdul Halim:
“Pihak pengurusan FAM perlu lebih telus dalam perkara ini. Jika mereka kata kena tunjuk kad pengenalan sebelum beli tiket, buat sahajalah untuk buktikan rakyat Malaysia yang beli tiket di sini (Stadium Nasional). Mereka jual sahaja tiket tanpa meminta kad pengenalan. Kalau macam ini senang-senang sahaja mereka (penyokong Indonesia) boleh beli tiket di sini.”
R. Balan:
“Mereka (FAM) perlu lebih tegas dalam pekara ini. Selain itu, FAM sepatutnya juga mengehadkan jumlah tiket yang hendak di beli. Kalau tidak, mungkin akan diambil kesempatan oleh ulat-ulat tiket untuk membeli dengan banyak dan jual semula dengan harga yang tinggi.” katanya.
Erm..pendapat aku, tak bolehlah macam tu, kan. Kalau macam ni, habislah stadium tu nanti dipenuhi oleh penyokong pasukan lawan, sedangkan kita lawan di tempat sendiri dan perlukan sokongan dari peminat sendiri. Kan dah ada peruntukan sebanyak 15,000 tiket RM30 dan 500 tiket RM50 untuk penyokong Indonesia yang bekerja di negara ini, manakala 70,000 keping tiket RM30 dan 2,500 tiket RM50 pula untuk penyokong Malaysia. Sepatutnya peruntukan yang diberikan digunapakai sebetul-betulnya. Erm….tak kesian kat skuad dan penyokong negara sendiri ke?. Lawan kat tempat sendiri, kita sepatutnya perlu take advantage yang ada.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KHAIRUL FAHMI DAN GF, TANGGUH MAJLIS PERTUNANGAN
error: Content is protected !!