Kredit photo to saintwood.

Kadang-kala, apabila mengadap blog, mood tu tak datang. Dalam erti kata lain, takde mood nak berblog. Aku rasa perkara ni memang normal bagi seseorang blogger. Tak semestinya kalau tak update blog sehari boleh menurunkan mood untuk berblog, tapi kadang-kadang bila fikiran mula nak fokus pada perkara lain, tengok blog pun dah tak bernafsu. Tak bernafsu untuk update, blogwalking segala bagai, ya. Bukan bernafsu berahi ker eh, jangan fikir bukan-bukan pulak. Apuk kang!. Heee =D
Sesetengah blogger kata, kalau takde mood jangan update blog. Biarlah blog tu tak berupdate, daripada merapu-meraban kat dalam blog dengan entri yang tah apa-apa. Ini kerana mereka memikirkan “Entry is king”, orang nak baca blog yang berkualiti, bukan yang harapkan kuantiti je (yang penting ialah kualiti, bukan kuantiti). 
Tapi aku pernah terbaca kat 1 entri yang dikarang oleh blogger omputih. Dia kata, cara nak tingkatkan mutu penulisan kita ialah dengan selalu menulis. Tak nak tulis pun, tulis juga. Nak menulis pun, tulis juga. Dalam erti kata lain, teruskan menulis walau dalam keadaan macam mana pun kita.
Ermm..itu kata mereka. Kata anda pula bagaimana?

p/s: Jangan pula update blog sampai kepala ke bawah kaki ke atas macam gambar kat atas tu. >.<


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  KESUNGGUHAN PENTING KETIKA BERTANDING - KAGUM DENGAN RAKAN BLOGGER
error: Content is protected !!