Selamat tahun baru kepada semua readers blog ni. Walaupun dah hari ke-2 baru aku ucapkan Selamat Tahun Baru, tapi better late than never, kan. Hik2.. Semalam tak sempat nak wish. Sibuk kemas barang.
OK, hari ni aku blur sikit tak tahu nak tulis pasal apa kat blog ni, sebab penat memunggah barang. Aku baru pindah rumah. Keluar dari rumah lama dan pindah ke tempat baru. Huuu..angin baru lah juga. Hoyeah!!..
Memandangkan aku kepenatan sehingga blur nak update blog, jadi, seperti biasa, rutin harianku membelek statistik blog. Tengok-tengok, referring sites tertinggi untuk LAST 24 hours, datang dari FACEBOOK. Sejarah baru telah tercipta untuk blog ini. Kalau dalam entri sebelum ni (MEMORI 2010 SEORANG BLOGGER) dah terang lagi jelas TOP referral sepanjang tahun 2010 ialah pakcik google, tapi semalam pecah rekod. Facebook kalahkan pakcik google. 
Aku sendiri pun terperanjat dengan statistik yang ditunjukkan ni. 1st time dalam sejarah selama setahun 2 hari aku berblog ni, dapat like kat FB sehingga seribu lebih.  Terima kasih kepada semua yang tekan button share kat FB untuk entri Pemergian Arwah Faizal Yusof. =D

p/s: Terima kasih juga kepada purpleliciousbaby sebab bagi backlink ke blog ni. I like!


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  DUNIA BLOG YANG PENUH PANCAROBA
error: Content is protected !!