Sabtu, 29 Januari 2011

Aku di JB. Sejak pagi hujan tak henti-henti. Bila dah malam, telinga ni masih dengar bunyi hujan di luar sana. Aku masih di JB. Tapi hati ku, minda ku, asyik teringat kampung halaman, nun 123km dari tempat ku berada. 
Ahad, 30 Januari 2011
Kelopak mata dibuka dari lena yang indah. Mata memandang jendela. Masih terdengar nyanyian hujan. “Masih hujan lagi”, detik sang kalbu. Dari semalam hujan tanpa henti. Hati benar-benar rasa mahu tanya khabar ibu di kampung halaman. Nak mesej mak, tanya “rumah banjir tak?”, tapi tak tahu kenapa, tangan ni jahat. Mesej tak juga ditaip untuk bertanya khabar.
Jam 7 malam. Trett..trett,,henset berbunyi. Ada mesej masuk. “RUMAH BANJIR”. Pendek je mesej dari mak. Lalu tanganku ringan berbalas mesej dengan mak tersayang. Mujurlah ketiga-tiga adikku berada di samping ibu.
petikan dari mstaronline:

Keadaan paling terjejas teruk adalah di Johor apabila banyak kawasan dibanjiri di beberapa daerah seperti Segamat, Muar, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang sehingga pukul 9.30 malam dengan 42,302 penduduk telah dipindahkan ke 250 pusat bantuan.
Bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman mereka sempena cuti Tahun Baru Cina terkandas apabila jalan-jalan besar dan satu kawasan di Lebuhraya Utara Selaran mengalami banjir.

OH KAMPUNGKU!
DAPATKAH AKU BERAYA DI KAMPUNG
BERSAMA KELUARGA
SAMBIL
MEMBERSIHKAN RUMAH?
ATAU…
RAYA BERSENDIRIAN
DI RUMAH SEWA INI?

p/s: Gambar kat atas tu bukan gambar kampungku. Aku sendiri pun tak tahu keadaan kampungku macam mana. Huhu..Tapi, mak dah call, bagitau, barang-barang aku selamat ditenggelami air..uwa…
 

Luahan,

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
BACA JUGA :  MENANGIS DENGAN EMAK
error: Content is protected !!