Aku dah lama tak buka website Nuffnang, sejak hati mula merajuk pada Nuffnang. Dah dalam seminggu ni aku tak kisah tengok statistik pelawat ke blog ni di web Nuffnang. Tup tup ni buka web Nuffnang, terkejut tengok statistik yang terpampang di skrin.
Aik! Zero? Hehe..terperanjat tengok angka 0 yang terpapar apabila aku layangkan cursor ke tarikh 4 Februari tu. Aku tahu blog ni sentiasa ada pengunjungnya, sebab aku selalu cek statistik yang ada kat blogger setiap kali aku login ke blog aku.
Untuk double confirm, aku cek statistik kat statcounter pula. Dah lama tak buka statcounter, sampai username pun aku dah lupa. Nasib baik boleh recover balik melalui emel. Statcounter menunjukkan statistik berikut:
Hehe..tu dia, jumlah pelawat yang berkunjung pada 4 Februari. Tak lah banyak mana. Tapi memang macam ni je lah trafik aku.
p/s: Tertanya-tanya juga kenapa graf kat Nuffnang tak naik pada hari tu. Rasa-rasanya, aku takde godek apa-apa kod Nuffnang hari Jumaat tu.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
haha…sama kes ngan sy pagi tadi
ohoh…sme laa…
ingtkan mmg xde…
xterpikiaq lak nk jenguk statcounter…HAHA…
myb, nuffnang prob koot…